Monday, 11 July 2011

Pet - Hamster



Assalamualaikum !


Sebelum ni ada request untuk buat ARNAB, kali ni request  pasal hamster pula. Sebelum tu, aku nak cerita sikit, hamster Syrian adalah pet pertama yang aku bela dan beli guna duit sendiri. haha..masa tu masih sekolah lagi (6-7 tahun lepas), tapi hidup 2 tahun lebih je then mati, tu dah lama . Dan  aku ada bela dua ekor hamster jenis roborovski, tapi sekarang dah hadiahkan kat kawan, Gambar kat bawah ni .

Roborovskii hamster. Yang ni dapat free je.

Dan ini request yang diminta oleh Isha Azis. 


Jenis Hamster ?

Okai, Hamster ni ada banyak spesis, tapi yang common adalah Syrian dan Dwarf Hamster. Jenis Syrian tu adalah jenis hamster yang besar, hamster yang biasa . Kedua adalah Dwarf Hamster, ni jenis hamster kenit atau kecil, ada banyak jenis dwarft hamster iaitu Campbell, Roborovski , Chinese dan Siberian/winter white. Hamster cik Isha jenis winter white so, masuk dalam kategori Dwarf hamster lah. (sekarang ni yang jenis syrian tu dah tak popular, Pet Shop banyak jual yang jenis Dwarft je, maybe sebab jenis ni cute dan kecil so ramai yang nak beli )


Tulisan color purple tu jenis dwarf hamster


Oke entri sesuai untuk orang yang baru berjinak-jinak nak bela hamster, sini aku ada senaraikan beberapa fakta yang simple .
1. Jangka hayat hamster ni tak panjang, boleh hidup dalam 2 - 3 tahun (boleh lebih sampai 4 tahun)

2. Hamster jenis syrian ni anti- social, maksudnya kita tak boleh letak sepasang dalam satu kandang, sebab akan bergaduh gigit-gigit sampai mati .haha (aku dulu letak 3 ekor dalam cage sama takpe pun)

3. Untuk yang jenis dwarf pula kita boleh letak berpasangan atau berkumpulan .

4. Kena ingat, gigi hamster ni sentiasa memanjang , so , kita kena bagi chew toy (ada jual kat petshop) dan jangan bagi hamster gigit benda plastik taw sebab bahaya untuk hamster.

5. Dan hamster ni sebenarnya buta warna..ahahah

6. Hamster matang dalam 4-5 minggu dan tempoh bunting hamster adalah 16-18 hari.

7. Yang ni special sikit, kalau hamster tu pregnant, kita boleh tentukan nak anak jantan banyak or nak betina. Contohnya, kalau kita letak pada suhu persekitran yang warm, akan dapat banyak anak jantan, dan kalau letak pada suhu  cool, akan dapat banyak anak betina (tak tahu lah sebab apa, boleh cuba sendiri kat hamster masing2)


Oke, takat tu je fakta pasal hamster, sebenarnya ada banyak lagi tapi nanti panjang berjela-jela pula entri ni.hahah.(boleh google eh cari)

Oke ni soalan famous, kenapa hamster makan baby sendiri ? (ada beberapa faktor, tapi aku bagi dua je)

- Nutrient kurang, ibu hamster makan baby dia sebab kekurangan nutrient protien dalam badan selepas beranak, kita kena make sure kita bagi makanan yang ada protien sebelum dan selepas beranak. Kat petshop ada jual yang khas untuk ibu hamster lepas beranak.

- Dan, disebabkan oleh kita sendiri, kita tak boleh pegang baby tu sebab bila kita pegang, bau tangan kita akan melekat pada baby tu, dan ibu hamster ni akan confuse dan anggap baby tu sebagai makanan.




Hehe..hamster ceroboh rumah my guinea pig

Guinea pig 20 kali ganda besar dari hamster yer.

Okai sekian !





46 comments:

  1. tuh guinea pig yang i cakap ritu, bulu panjangggg. comelnyeeeeeeeeeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  2. hahaha..tu guinea pig aku..baka sheltie..kihkih..baka bulu panjang

    ReplyDelete
  3. hahaha..hamster dwarf tu aktif..nak tangkap susah..kikiki

    ReplyDelete
  4. pergh, nice info. setakat ni tak pernah bela apa apa binatang. haha, takut tak terjaga nanti.
    aku ada asma, so takut bulu bulu die alergik lak.

    btw, respek! haha

    Jom join giveaway Blogmirul!

    ReplyDelete
  5. saya pernah bela hamster winter white , suka gigit memanjang . tak boleh duduk kumpulan , asyik nak bergaduh . suka bagi susu segar dengan kuaci masin :D

    ReplyDelete
  6. @mirul :..ehehe..thanx

    @amirul : lol..winter white ok je duk berkumpulan..hehe..gaduh2 manja je kot..sus segar tu susu lembu ke..sebab most of mammals, termasuk hamster xboleh digest susu..hehe..tp xsure plak..kena banyak membaca

    ReplyDelete
  7. takat ni blum pernah bela hamster. ada yg kata haiwan ni sensitif sikit.

    ReplyDelete
  8. @wanie : xdela sensitif sgt..jaga simple je..yg penting makanan n kebersihah tu je..sensitif sbb senang cepat beranak kot..ahahahah

    ReplyDelete
  9. Hah hamster..!!Dulu pernah bela jenis syrian ngan dwarf..Mula2x 2-3 ekor je lepas tu membiak lbh 40 ekor..Xlarat nk bela sampai bg org ckit ngan asingkan jantan betina..haha..Skrg xda dah..Nice info... =)

    ReplyDelete
  10. @rizal : hamster mmg cepat membiak..kena asing jantan betina kalau xnak banyak2..hihihi..banyak tu 40 ekor..bleh buka petshop..ahahahahaha !

    ReplyDelete
  11. Huhu..Mula2x dulu ingatkan hamster ni ssh nk membiak..Dh bela baru tau skali branak 6-10 ekor..!!Terfikir jugak dulu nk bukk petshop bile tgok bnyk sgt hamster tu..hahah..Tp berangan jer..=P~ itik

    ReplyDelete
  12. hahhaa..hamster mmg cepat..tgk je la tempoh bunting pun kejap je..hehe

    ReplyDelete
  13. COMEL GILA HAMSTER..! (dah tu je nak komen :p)
    haha.. info best ;)

    ReplyDelete
  14. @cili : thanx..hahah

    @sitizulaikha : thnx jg..hihihi

    ReplyDelete
  15. hamster sgt comel..
    tringn nk bela :)

    ReplyDelete
  16. slm, muka hamster dgn tikus lbh kurg je. tp mcmne pun suka hamster lagi^^. tak pernah lagi bela hamster, just bela kucing je. hehe. hv a nice day n happy blogging :D

    ReplyDelete
  17. comelnya..
    pasal tentu anak jantan or betina tu yg best.. menarik betoi.. nice info..

    ReplyDelete
  18. @alin : haha..tikus muka lagi runcing dari hamster..hamster comel..hehe

    @org kampung: thanx..hhee

    ReplyDelete
  19. cm nk gigit jer hamster nie....
    huhuhk....

    ReplyDelete
  20. antara bela hamster dengan guinea pig, mana lagi best? haha

    ReplyDelete
  21. @puteraduyong : thanx

    @mohdsyadi : ahahaha..mana leh gigit la

    @black winter : ofkos la bela guinea pig lg best sebab besar n senang handle..hihi

    ReplyDelete
  22. alah, comelnya. guinea pig mahal x? >.<

    ReplyDelete
  23. Sawaddikap.... hamster ini cepat beranak kan..kan..kan

    ReplyDelete
  24. @tea : guinea pig range harga dalam rm25-300 depend on baka..hohoo

    @wuming ; aah..cepat membiak..hehe

    ReplyDelete
  25. saya bagi susu lembu , haha ! bergaduh diorang nak minum susu . ada sekali tu , hamster jantan jaga anak . mula mula terkejut lah kenapa mak lain , rupa nya bapak dia . ada yang share jaga anak .

    ReplyDelete
  26. my hamster da bela sejak awal bln 12 thn lps.. till now, msih xbunting2.. pasai pa ek? huhuhu

    ReplyDelete
  27. @telaga : eh..dah cek blum jantan ke betina..pelik tu kalau x pregnant lagi..kalau nak kata x matang lagi xleh gak sebab dah berbulan2..hoho..ce cek jantina

    ReplyDelete
  28. y jauh betina ke jantan ek? lupa la... y 1 lg tu, awal2 beli dulu nmpk dia punya tu.. tp skrg cm xbp nmpk sgt.. hohoho

    ReplyDelete
  29. @telaga : nak cek senang je kalau dah matang..kalau yg xde testis tu da terang2 betina..itu je nak beza jantina..bleh nyer cek sndiri tu..ce belek2 tgk

    ReplyDelete
  30. da cek n da kompom, sekor jantan, sekor betina.. tpkn, mau tau, y betina ni sgt garang.. asik2 gado jek.. kdg2 menyebabkan bila si betina lalu dpn jantan pon, si jantan da cuak.. nak kata si betina bunting, rasanya da lama kot dorg mcm tu.. knp ek??

    ReplyDelete
  31. @telaga : ahaha..selalunya kalau si betina ngah bunting mmg dia akan begaduh dgn si jantan tu..tapi ni x bunting pun gaduh jg...pasal tu xtaw la pula apa dah jadi..ntah2 pregnant kot..huhu..ni dwarf hanster ke syrian?..gaduh2 tu normal la kalau bagi dwarf hamster..ke jenis hamster lain2?

    ReplyDelete
  32. oh! syrian! antisocial! mine were very cannibal-y.. they ate each other.. aku rasa nak gila da time tu.. =_______=
    now all dead.. *depressed*

    ReplyDelete
  33. @linlon : wakakakak..aah anti social..solitary animal..memang syrian xleh duk sama2..dorg akan fight till death..hehe

    ReplyDelete
  34. =__________= i tot it was fine la kan.. letak dalam akuarium besao punya.. living socially.. tgk esok, tinggai kepala ja, paihtu ada yg xdak body cavity la.. paihtu semua nampak cam crazy antisocial hamsters.. aku x pgg da la.. da nampak gila semacam..

    ReplyDelete
  35. @linlon

    gila ganas hamster tu tggl kepala..perghh..cannibal..kalau nak bela hamster lagi beli je yang dwarf tu..yg tu sosial..idup dalam group..hehe

    ReplyDelete
  36. tp dia suka gigit, thats not fun-lah.. :I
    and its tiny, takut terpicit, termati.. :p
    i'm better of with a cat, or a fish. ikan x lemas.. ghahahahahaha~ tp hamster pya props memang best gilaaaa~ the roda, the paip watsoever.. aku suka..

    ReplyDelete
  37. @linlon

    heheh..
    tapi ikan xleh pegang..leh tengok je..
    hehe. tulammg best tgk, buat perkampungan tuk hamster ni..
    kakaka

    ReplyDelete
  38. euw~ tgh reput kot.. maggots.. :O
    the moral is : if rasa x buleh nak bela byk hamster, sdekah kat anak jiran~ :D
    they can provide better care (kot..) :p

    ReplyDelete
  39. errmm, mcm mne eik nk knal jantina hamster selain tengok diorang pnye butt? susah saya nak bezakan. diikutkan saya, nak je tanda dengan pen marker. warna hamster dahlah sama, winter white. dan, saya nak tau juga habit untuk hamster jantan dan hamster betina. terima kasih ^^

    ReplyDelete