Assalamualaikum
PERHATIAN : PROSEDUR INI DILAKUKAN PADA TAHUN 2012, MUNGKIN TERDAPAT PERUBAHAN PADA PROSUDER UNTUK TAHUN BERIKUTNYA. SILA RUJUK JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN ATAU JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR BERDEKATAN ANDA.
Hai. we are ready to fly..HAHAHHA |
Lama gila tak update. Sangat busy walaupun tengah cuti semester. Entri ini saya nak update pasal bagaimana kita nak eksport/import haiwan kesayangan kita ke Sabah/Sarawak. Pada 15 Julai lepas, saya telah eksport GP ke Sabah. Kawan saya punya GP sebab dia dah habis belajar, so dia nak bawak balik GP ke Sabah. Owner dia dah balik, tapi GP tinggal kat sini.
Sebelum tu Import bermaksud membawa masuk barang/haiwan ke negeri tersebut (Sabah) manakala Eksport bermaksud membawa keluar barang/haiwan dari negeri asal (KL). So, jangan confuse dengan istilah tu. hah. Now saya akan tulis secara ringkas prosedur eksport/import haiwan kesayangan kita (For Guinea Pigs).
1. Permohonan permit Import
Untuk permohonan permit Import boleh dilakukan di tempat negeri yang kita nak hantar, contohnya Sabah. Permit Import boleh di pohon dengan mengisi secara online. Boleh rujuk dan call Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPHPT) Sabah untuk lebih details. Laman web --> www.davetsa.sabah.gov.my
Home Page davetsa. Perlu sign up terlebih dahulu untuk akses |
Apa-apa masalah atau kekeliruan mengisi aplikasi online, boleh terus call JPHPT dan sambung ke bahagian unit lesen untuk pertanyaan (staff akan tolong, jangan risau..kroihh ). Kelulusan permit Import mengambil masa lebih kurang 3 hari hingga seminggu jika tiada sebarang masalah. Review > Submited > Approved.
permohonan permit import yang telah di luluskan oleh pengarah. |
Setelah permohonan online diluluskan. Pemohon hendaklah membuat pembayaran untuk mendapatkan salinan permit import yang original. Pembayaran boleh dilakukan di kaunter JPHPT Sabah. Bayaran untuk permit Import adalah sebanyak RM10. Murah kan. HAHAH..tapi procedure lama oh. Oh ya, pembayaran hanya diterima pada hari Isnin hingga Rabu sahaja sebelum jam 2.40 pm. Dan salinan permit hanya boleh diambil 3 hari selepas pembayaran. huhu
* permit import valid selama 30 hari
2. Permohonan permit Eksport.
Selepas selesai mendapatkan permit Import, now barulah boleh memohon permit Eksport. Permohonan boleh dilakukan di Jabatan perkhidmatan Veterinar (JPV) Cheras atau JPV area pemohon (yang ada servis eksport/import). Untuk memohon permit eksport, salinan permit import perlu disertakan sekali (kalau boleh minta wakil kat Sabah fax atau Email salinan Import). Isi borang permohonan permit Eksport dan GP harus dibawa sekali untuk pemeriksaan kesihatan untuk membuat Sijil Kesihatan Veterinar (SKV).
Kadar bayaran untuk haiwan Guinea Pig
SKV RM3 / ekor
EDagang RM7
Permit RM3 / ekor
Rawatan RM2 / ekor
Murah kan? hihi. Permit eksport hanya mengambil masa kurang dari 2 jam untuk diluluskan dan dikeluarkan. Apa yang penting haiwan dan pemit import harus ada bersama. Kalau apply pemit pada belah pagi, permit boleh dikeluarkan pada petang hari itu juga. Cepat je. Kalau apply petang, besok pagi baru boleh ambil. Diingatkan, SKV hanya valid selama 7 hari manakala permit eksport valid selama 30 hari.
Yey, dapat permit eksport. HAHA |
3. Tempahan MASkargo
Now, lepas dokumen Eksport, Import dan SKV (tiga dokumen ni penting) dah selesai, barulah boleh membuat tempahan cargo melalui MASkargo, boleh contact MASkargo by phone call sahaja. nombor telefon cari sendiri lah ye, lupa dah. HAHA. Tetapi sebelum itu, pemohon haruslah mendapatkan Airway bills (AWB) daripada Animal Hotel, yang ini pun kena minta by phone call, number phone pun cari sendiri kat laman web mereka. Jangan segan silu call MASkargo dan Animal Hotel, mereka sangat membantu. hihik
Future boss Animal Hotel..WAKAKAKA..berangan. |
Dah dapat AWB, boleh terus call MASkargo untuk tempahan cargo, dan nanti boleh pilih masa dan tarikh bila kita nak eksport, dan make sure ukuran crate/cage kita dah siap-siap ukur, sebab MASkargo akan minta untuk record. Dan paling penting, sila bagi details penerima yang akan bertanggungjawab menyambut haiwan (GP) kat Sabah nanti. Ini adalah wajib. Dan tempahan pun settle. Tapi sehari sebelum tarikh eksport, pemohon hendaklah menelefon MASkargo sekali lagi untuk confirmation.
* attention : SKV hanya bertahan selama 7 hari, so haiwan harus di hantar dalam tempoh itu, kalau tak, kena buat baru. jeng3.
* Tempahan kena buat awal, by phone call!
* attention : SKV hanya bertahan selama 7 hari, so haiwan harus di hantar dalam tempoh itu, kalau tak, kena buat baru. jeng3.
* Tempahan kena buat awal, by phone call!
SELESAI part 1.
Malas taip lagi, tunggu part 2 iaitu penghantaran haiwan ke MASKargo Animal Hotel. weee
Prosedur untuk haiwan kesayangan macam kucing dan anjing pun lebih kurang je, cuma anjing kucing kena ada vaksinasi.
Prosedur untuk haiwan kesayangan macam kucing dan anjing pun lebih kurang je, cuma anjing kucing kena ada vaksinasi.
Baca macam senang kan? hehe. bagi saya urusan sangat mudah, yang penting kena pandai bahagi masa, dan rancang apa yang nak dibuat. Nanti semua jadi mudah macam makan kacang..kroiihhh kroihhh. Sebarang pertanyaan untuk part 1 ni bolehlah post kat wall FB Page saya. Bukan personal FB. kroihhhhh.
akan ada import selepas raya nanti.. nak joint ker?
ReplyDeletehaha..insyallah kalau ada bajet lebih..ahaha
Deletesya nk bwa cat blik sabah..tpi nk isi borang on9 die tak fhm mcmne..n lpas dah lulus tu kne ambk dkat jbtn haiwan kat sabah kew?ibu pejabat die kew yg dkat kota kinabalu??
ReplyDeleteoo.kucing ek..prosedur dia sama je..isi borang on9 tu kalau ada yg confuse better call jabatan haiwan kat sabah, nnt dorg akan gtau camna..tp isi tu just letak apa yang patut..bila da submit borang on9 tu..nnt dorg akan review..and bila ada correction dorg akan tulis kat notis dalam borang on9 tu..kalau dah lulus "approve"..kena buat pembayaran kat jbtan haiwan sabah tu..baru salinan original permit import akan dikeluarkan..pembayaran tu kena wat isnin-rabu je sebelum 230pm. pastu just ikut mcm saya dah tulis dlm blog ini
DeleteHi.. Kalu sy nk byar servis awk utk tlg sesama setel'n transfer my cat to miri from KL awk nk x? Kalu ok, jz kontek sy tru email eitul88@gmail.com.. Sy nk transfer end of feb13.. Kucing both dh vaksin n microchip..
ReplyDeletehi..kalo sy xnak pki mascargo ble ka tu yaa?maksudnya sy yg bwa sndri nek flight.yg airways bill tu nak tuk pa yaa?
ReplyDeletehi..nak tanya ble..lau sy nak bwa kucing tu sma2 ngan sy,maksudnya sy pun nek flight yg sma perlu mohon mas kargo n airwick bill tu jga ka yaa?
ReplyDeleteprosedur tetap sama juga..kena berurusan dengan pihak animal hotel macamana
ReplyDeleteBos...sy dr sbh nk bw blik sg ke kl....dmna nk dptkn permit import kat kl??
ReplyDeleteBoleh rujuk ni yer kalau utk sg https://m.facebook.com/groups/216142955179623?view=doc&id=302579719869279
DeleteKalau nak bwk dari sabah ke kl prosedur sama je kot..cuma kena minta permit import daripada jbtan vet kl..kalau sg kena berserta surat kelulusan dari wildlife
Salam.. Nk tumpg bertanya, klu nk export burung lak camne, sama jugak ke procedure nye...
DeleteSalam.. Nk tumpg bertanya, klu nk export burung lak camne, sama jugak ke procedure nye...
DeleteSalam... Nk tumpang tanya, mcm mana lak klu nk export burung dr sabah?sama aje ke caranya...
DeleteSama je kot prosedur nye..cuma tukar spesis haiwan yang nak di eksport
Deletesalam,sya ada terjumpa baby iguana di halaman rumah saya ,entah iguana mana sesat maybe belakang rumah ni hutan jadi dia sesat pegi rumah saya.so,sya tangkap and ingatkn nak jaga.jadi nak kena buat lesen ke?
ReplyDelete:)
ReplyDeletesalam,sya ada terjumpa baby iguana di halaman rumah saya ,entah iguana mana sesat maybe belakang rumah ni hutan jadi dia sesat pegi rumah saya.so,sya tangkap and ingatkn nak jaga.jadi nak kena buat lesen ke?
ReplyDeletekalau bawak balik hedgehog p sabah sama gak ke urusan like gp ?
ReplyDeleterasanye sama aje..prosuder utk pets sama..cuma bergantung pada jenis pets yang nak di hantar kalau perlukan permission dari wildlife atau x
Deletekalau ke sarawak mcm mana?? apa portal dia? sy xdpt carila :(
ReplyDeletehai..untuk ke srwk sy xpasti pulak..boleh terus pergi ke jabatan perkhidmatan veterinar negeri tu tanya. boleh settle kat sana juga
Deletesalam sejhtra,sya ada belah burung merbuk mcm mna nak bawa keluar (indonesia)
ReplyDeleteAda x buat perkhidmatan hantar kucing ke sabah. Pm saya 013 3043848. Pm sekali gan kos ya. Pls
ReplyDeletehi sy tak buat service alocation
DeleteBoleh tolong sy.. baru2 nie ada org jual hamster tapi tak tahu cara macam nk kirim haiwan dari k.l ke sabah.. boleh tolong sy
ReplyDelete0148556001
En.Zul azlie
Kunak sabah
SALAM SIS.MINTA TOLONG SANGAT2 .SEBAB SY BEBERAPA HARI LAGI NAK KENA HANTAR ANJING SAYA BALIK SABAH TAPI SAMPAI SEKARANG SAYA BELUM ISI IMPORT APPLICATIONS LAGI.MACAM, MANA NI?DAH CALL JPHPT TAPI DIAORG SURUH LOGOUT LOGIN BALIK..SY DAH BUAT BANYAK KALI TETAP XKELUAR BORANG IMPORT TU:(((
ReplyDeleteSalam..,I nAK tanye kalau I nak hantar angsa ke Sabah macam mane ye..?
ReplyDelete