Thursday, 19 July 2012

Eksport / Import Haiwan Kesayangan (Guinea Pig/Marmut) ke Sabah/Sarawak (PART 2)

Assalamualaikum

PERHATIAN : PROSEDUR INI DILAKUKAN PADA TAHUN 2012, MUNGKIN TERDAPAT PERUBAHAN PADA PROSUDER UNTUK TAHUN BERIKUTNYA. SILA RUJUK JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN ATAU JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR BERDEKATAN ANDA.


Sambungan dari PART 1 eksport/import GP ke Sabah. Part 2 ni nak cerita pasal penghantaran haiwan (Guinea Pigs) ke MASkargo Animal Hotel untuk penerbangan ke Sabah. yehuuuu

Setelah semua urusan permit import, eksport, dan tempahan cargo selesai, now tibalah masa untuk penghantaran haiwan. 20 minit sebelum sampai ke MASkargo, call Animal Hotel untuk membolehkan pihak Animal Hotel fax surat pengesahan ke bahagian sekuriti untuk memudahkan urusan melepasi pintu masuk kargo nanti.

Sampai saja ke kawasan LCCT (MASkargo bukan kat KLIA, tapi berada di kawasan LCCT) terus belok ke kiri pada lampu trafik pertama untuk mengambil pass harian ke MASkargo. Pass ni penting untuk kita keluar masuk kawasan kargo. Kalau takda, tak boleh masuk.


Boleh parking kat tepi, tapi hanya untuk 30 minit, pejabat securiti terletak di belakang kawasan Klinik Pusrawi, yang ni confirm boleh cari, just ikut sign board macam gambar kat atas. Pejabat terletak di tingkat atas. Saya hari tu terkapai-kapai mencari sebab signboard kecik..AHAHA

Bila dah sampai, cakap kat staff yang jaga kaunter, kita nak pergi Animal Hotel untuk menghantar haiwan, so staff tu akan rujuk pada surat yang pihak Animal Hotel dah fax sebelum kita sampai tadi. Untuk dapatkan pass harian tu kena tinggalkan kad pengenalan. 

Daily pass, now dah boleh keluar masuk MASkargo dengan pass ini..hihi
Dah dapat pass, bolehlah terus pergi ke pintu masuk MASKargo, kat sana security akan cek pass dan barangan yang kita bawak, kalau semuanya OK bolehlah masuk ke dalam. weee

kawasan MASkargo.. signboard animal hotel kecik je..ahhahah
Dah lepas pintu masuk MASkargo nanti ada satu check point dimana kena daftar kereta dulu. Nanti kertas merah (atau pass kereta) akan diberi untuk dijadikan pass laluan untuk check point seterusnya. Banyak betul halangan.HAHAH. Then dah lepas semua check point, jalan terus nanti akan jumpa signboard animal hotel & maintenance kecik je. HAHAH. Lepas tu sampailah ke destinasi yang dituju ! iaitu Animal Hotel. hihik

Sebelum masuk kenalah pose dulu..ahahaa
Pergi ke kaunter dan tunjukkan dokumen permit import,eksport serta SKV dan jangan lupa bawak masuk haiwan yang kita nak hantar. Staff animal hotel akan bawak cage tu ke belakang untuk di timbang. Perhatian, untuk ke Sabah kadar charge yang akan dikenakan adalah RM8.45 / kg. Lagi berat haiwan, lagi mahal bayaran. charge yang lain seperti terminal charge, airway bill, fuel charge dan lain-lain ( tak ingat..haha). Dalam resit ada tulis amount bayaran.

*Update : Rate mungkin berubah mengikut waktu + dengan kos GST lagi 



PERHATIAN. Crate/cage seperti di atas (yang raga tu) tidak boleh digunakan, kalau tak, kargo akan reject dan kena beli cage lain. Cage saya kena reject dan nak tak nak kena pergi cari pet carrier, nasib baik staff Animal Hotel baik hati bagitahu kedai berdekatan yang menjual carrier. Ada kat Salak Tinggi. huwaaaa. Flight GP sepatutnya pukul 3.30pm tapi disebabkan keluar mencari carrier terpaksa tukar ke 5.45pm. Nasib baik MASkargo flexible, boleh tukar masa, tapi kena inform mereka awal.

huwaaa..mahal gila pet carrier..RM110 !!!!!!!..overbajet sebab yang ni la..grrrr
Tadaaa..dah siap pindah carrier baru..fuhhh fuhhh!!

Selepas selesai urusan di Animal Hotel, kena pergi ke bahagian kastam untuk urusan dan pembayaran cukai. Tapi malangnya, memandangkan hari itu adalah hari ahad, pejabat kastam tutup (kastam weekdays office hour sahaja). So kena guna ejen untuk pastikan borang shipment kita dapat kelulusan kastam dan bercop. Ejen tu kira macam shortcut, so saya tak payah pergi ke pejabat kastam (walaupun hari tu weekend kastam memang tak buka).. huwaa. Saya pun tak tahu kastam tak buka weekend..humm. Ejen tu kena bayar tapi saya tak nak bagitahu berapa.. HAHAH. overbajet lagi =.=" .

tadaaa. ready to fly.!!
Jadi pada siapa nak menghantar haiwan ke MASkargo, makesure hantar weekdays dan office hour (sebelum pukul 5 pm) kalau tak mahu jadi macam saya. over budget..grrr. Bila semua dah selesai, segala dokumen akan di compile. Resit, salinan dokumen serta permit eksport akan diberi kepada kita dan juga penerima di Sabah. Dan nanti staff animal hotel akan beri kita dokumen untuk kita tandatangan regarding penghantaran live animal ini.

tadaa..dokumen yang diletak dalam sampul untuk penerima di Sabah. 
Setelah selesai urusan dokumen dan pembayaran, so boleh tunggu haiwan kita di angkut ke kargo atau boleh terus balik. 45 minit sebelum flight, GP pun di angkut ke Kargo. Huwaa..goodbye GP. Selesai penghantaran. fuh lega walaupun over budget.

bye2 GP.hehe

Kereta yang digunakan untuk menghatar haiwan ke Kargo
Dan settle semuanya. Lepas tu boleh balik. penghantaran ke Sabah akan mengambil masa 2 jam 30 minit untuk sampai. Setibanya di Kota Kinabalu International Airport (KKIA), penerima akan bertanggungjawab menjemput haiwan, maklumkan kepada bahagian kargo dan penerima akan memaklumkan kepada JPHPT untuk inspection. Kat sana bayaran akan dikenakan iaitu RM2 / ekor untuk inspection dan RM15 kargo. Fuhh..ingatkan dah settle bayar..rupanya ada lagi kat Sabah. Haha. Dan GP tak perlu di kuarantin sebab kat sana tak ada tempat kuarantin dan boleh bawak balik rumah terus selepas segala urusan selesai. TAMAT

oh ya lupa, sebelum balik jangan lupa pulangkan semula pass harian ke pejabat sekuriti tadi dan mengambil kad pengenalan, then boleh balik. weee

Jumlah bayaran di Animal Hotel untuk 11 kg dan 2 cage. Yang ini tak termasuk bayaran kastam.

Urusan akan jadi mudah kalau kita rancang dari awal, so pada siapa yang nak buat penghantaran haiwan menggunakan MASkargo, goodluck dan jangan over budget macam saya. Hahah. Ikut kriteria carrier dan kalau boleh hantar weekdays office hour. Bagi saya penghantaran murah tapi disebabkan carrier dan ejen, kos saya terlebih pula. huhu

-.-"

lalala. snap gambar dalam Animal hotel, uiyoo..kat rumah pun tak macam ini.haha

Sementara tunggu GP di hantar, staff animal hotel bawak jejalan sekitar kawasan. ni kucing punya boarding house

hai..kami tak sabar naik flight..ahahah

yang ni kucing dari Manila nak ke Paris. Transit kat Malaysia dulu kot..miaww miaww..comel je

Thanks for your reading !
saya sangat busy =.="


17 comments:

  1. wow. untung jadi GP ko. dapat naik flight, siap dok kat hotel, kalah owner dia.

    Carrier nanti bolehla jual balik, half price ke, 3/4 price ke? tp tengok bekas diorg mula2 ingatkan nak supply GP ke kedai2 :D main2 je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..3/4 price mmg xlaa..carrier pun guna skali je..haha

      Delete
  2. perh dah makin maju skrg.. bila nak bukak kedai sendiri bro..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaaha..kdai sndiri lama lg la kot...hahaha

      Delete
  3. anas letak blog hidayat kat blog roll aug-sept k

    ReplyDelete
  4. Perlu ka certificate dri wildlife swk, cth kta nk send Sugar Glider ke Sarawak?

    ReplyDelete
  5. Perlu certificate dri wildlife sarawk klu kta nk send pets dri KL-Sarawak?

    ReplyDelete
  6. @jessie john : sugar glider sy xsure plak..kena cek kat wildlife samaada sugar glider tu under akta haiwan kawalan ke x..kalau x..xperlu certificate.

    ReplyDelete
  7. kene sangkar mcm tu jugak ye, saya ade tgk mcm2 carrier cage, tp tak mcm tu, boleh tak ye,macam beglah jugak, sebab nak bawak balik hamster ke sarawak ni, hukhuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau utk hamster carrier yg bleh letak hamster la..kecik pun xpa..yg penting safety n tahan.

      Delete
  8. kene cage mcm tu jugak ke, kalau yg mcm beg tu boleh tak, sbb tu pun carrier jugak, nak bawak balik hamster ke sarawak ni, tapi takut jd pape pulak,

    ReplyDelete
  9. kalau hantar sugar glider kat sarawak brapa erk??

    ReplyDelete
  10. kalau hantar sugar glider brpa erk??

    ReplyDelete
  11. kalau hantar sugar glider kat sarawak brapa erk??

    ReplyDelete
  12. kalau hantar sugar glider kat sarawak brapa erk??

    ReplyDelete
    Replies
    1. sugar glider xpasti pulak..kalau sugar glider kena ada lesen wildlife kot..bleh rujuk info kat fb ni pasal expot impot sg https://m.facebook.com/groups/216142955179623?view=doc&id=302579719869279

      Delete