Monday 27 August 2012

DIY : Marmut Ice Cube Veggies ( Guinea Pig Treat )

Assalamualaikum.


Buat pertama sekali saya buat treat untuk Guinea Pig (GP) saya, ahaha, saya panggil treat ini Ice Cube Veggies Hot Hot Summer, panjang betul nama..haha. Idea dapat dari my favourite cavy site Happycavy.com . Treats ini sesuai diberi pada waktu panas terik untuk menyejukkan badan GP. Bila dah namanya treat, jadi ini bukan daily food GP, bagi sekali sekala sahaja as treat. =.="

Sesuailah dengan cuaca kat Malaysia yang panas terik ini. Treat ni diperbuat dari sayur-sayuran yang GP saya suka dan dikisar kemudian diletakkan dalam tray ice cube dan disejukbeku dalam peti ais.

Ketiga-tiga sayur ni GP saya suka makan. Colorful betul..wakakak
Boleh letak buah epal juga dan apa-apa saja sayur yang GP anda suka makan. Haha. Gambar atas ni GP saya paling suka timun, so saya letak timun lebih sikit.

nyummm..kalerpul nyaaa..ahaha

Then potong kecil sayur-sayur tadi. untuk timun tu saya buang bijinya sebab timun saya tu lain macam je.hahaa

Masukkan dalam blendder. wakakak.. saya guna blender salah..huwaa..

yarghhhhhh..kisar sampai lecakkkkkk..hhaha

tadaaa..hasilnya.macam sedap. color ikut lobak tapi bau macam timun, sebab saya lebihkan timun supaya GP saya jadi suka.

Masukkan dalam ice tray then masuk dalam peti sejuk untuk bekukan. weeeee


Once dah beku, keluarkan cube veggie dan sedia dihidang. Inilah hasilnya. GP belum rasa lagi. Tengok respon macamana. Saya tak letak air masa blend sebab kalau letak air nanti cube tu jadi macam ais, susah GP nak gigit. Timun tu pun dah banyak air. huhu

Nahhh.. Makanlah. huwaaaa




Secara overall OK lah kot sebagai treat dikala panas terik. Haha. Dapat sejukkan badan dengan variety of veggies. All in one. Tapi GP saya malu-malu makan. Hahah. Selamat mencuba dan hope GP anda pun suka. jangan overfeed, nanti GP cirit-birit pula. haha. Ada sesetengah site kata never feed your GP cold food, bagi saya, untuk treat tak apa kot, kalau tak, tak kan happycavy.com introduce recipe ni kan. weee

Tata, Thanks for Reading
Busy buat thesis


0 comments:

Post a Comment