Monday 20 August 2012

Masalah gigi PARIS ( Guinea Pig / Marmut )

Rest in Peace Paris 2010 - AUGUST 2012


Pada 20 Ogos 2012 Paris telahpun menghembuskan nafas terakhir akibat masalah gigi yang menyebabkannya susah untuk makan dan minum.huu

Masa awal-awal lagi saya sudah mengesyaki yang Paris ada masalah kesihatan dimana dia kurang makan dan sukar untuk gigit makanan. Tapi saya tak expect itu masalah gigi. Sehinggalah berat badannya makin menurun dan lama kelamaan tanda-tanda masalah gigi makin ketara dimana bulu dibahagian dagu sentiasa basah.

Bulu dagu dan leher basah. Air minuman dan drooling.
Apa yang saya perasan, gigi depan panjang (incisor) dan gigi kat dalam saya kurang pasti sebab tak cek. Tapi apa yang pasti gigi depan yang panjang itu menyebabkannya sukar untuk mengigit dan mengoyakkan makanan. Juga menyukarkan dia untuk minum apabila gigi depan menghalang lidah dari sampai ke air. Dan inilah yang menyebabkan bulu dagu paris sentiasa basah.

Tengah cek gigi incisor. Pic lama.
Selera makan Paris seperti biasa, selalu makan walaupun lambat (susah nak gigit) dan kerap minum air (tak tahu kuantiti air yang dia dapat). Dan bila Paris makin tenat, saya sempat cek najis dia, nampak sangat kering, so saya assumed yang Paris mengalami dehydrated menyebabkannya paralyzed dan kejang lalu mati. 

Masa ni masih bernyawa lagi, cuma lemah dan paralyzed. kesian tengok, bila saya masuk bilik dia masih tergerak2 nak minta makanan. Kesiannya Paris. T__T
Lama dia bertahan, lebih 2 bulan Paris mengalami masalah ini dan baru hari ini mati, mungkin juga akibat cuaca yang agak panas dan kering menyebabkan dia dehydrated dan kuantiti air yang dia dapat minum sangat sedikit. Kesian.

Sebelum saya tanam mayatnya, saya potong gigi depan dengan menggunakan clipper, patut dari awal lagi saya potong tapi risau nanti bertambah sakit, so saya tangguhkan sehinggalah dia mati. T__T

Gigi depan panjang dan kat dalam tak pasti. tapi saya rasa panjang juga.wuwu

RIP Paris, seekor GP yang jinak, tak takut manusia, suka lari-lari dalam bilik, my first female GP, pasangan BIBIR (my fiirst GP) dan sudah menghasilkan 4 generasi anak yang comel. Goodbye Paris T__T.

Pada siapa yang ada GP berwaspada bila mengesyaki GP anda susut berat badan, ceklah gigi dan kalau boleh potong sebelum masalah lain datang. Antara tanda-tanda awal masalah gigi yang panjang adalah, berat badan turun, GP sukar untuk makan, dan bulu dibahagian dagu sentiasa basah. 

Tapi masalah gigi panjang ini sering terjadi kepada GP yang berusia 2 tahun keatas (seperti Paris). Kalau terjadi kat GP yang umur kurang dari setahun itu masalah gigi yang dipanggil Maloclussion, kind of genetic problem, gigi memanjang juga tapi di usia muda.  kot .haa

Tata, mari layan gambar-gambar Paris . huuuu

Malam sebelum mati esok harinya.masih aktif lari2


Malam sebelum mati. Selera makan kuat lagi. sampai masuk dalam bowl..ahahah

nyum nyum nyum.

Dah lemah, tak dapat bergerak, saya cuba bagi dia minum air guna syringe. siap berbaju raya lagi. Haha

Najis sebelum mati, kering tanda Paris dehydrated

died....2.25pm


Potong gigi before kubur. teeth bawah 2/3 dari teeth atas..kalau boleh asah gigi bawah tu bagi tajam. tapi  Paris dah mati pun ..haaaaa

Tanam. Goodbye forever. U r my best GP ever. T_T

15 comments:

  1. Kesiannyaaaaaa :(

    Btw, Selamat Hari Raya :)

    ReplyDelete
  2. sedih pula dengar berita ni.

    GP sayapun letak calcium block kat cage bukan nak gigitpun, sampai dh kotor, sudahnya buang mcm tu je. Ada sesetengah blokje yg dia gigit, tupun kena hand feed.

    takziah hidayat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoho.penah bagi gak calsium block.x gigit pun..hauhua.paris pon dah lama xsihat..kurus je..skang baru mati.

      Delete
    2. Ermmm GP saya sedang alaminya sekrang . Bila tengok bos punya niyh . Risau nya kat GP saya . Kalau saya hantar ke klinik haiwan untuk potong , klinik terima tak ?

      Delete
  3. Sedih pulak tengok muka dia masa tengah tenat basah tu...Hurmmm..Bibir sehat lagi kan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..bibir pun dah lama rip..di bawah jagaan member..sakit apa xtahu la..huwaaaaaaaaaaaaa..yg tggl skang anak bibir ngan paris 3 ekor masa mula2 dulu..tu je la pewaris bibir n paris..ahahha

      Delete
  4. aku baca entry ne pas gp aku mati.. hmm.. ;( sdih...

    ReplyDelete
  5. Salam...saya br jer mghadapi masalah yg sma dmn guinea pig sy mpyai gigi yg sgt pnjg..umo die br setahun.agigi tas n bawah panjang...kalau nak patahkn gigi dorg tu jz guna clipper jer ke?blh ke potong mcm tu jer?ni kan pyakit genetik..mst brterusan pnjg...hrp anda dpt bg some tips for help me

    ReplyDelete
  6. Salam....sy de mslh yg sma gak kt guinea pig sy yg br umo setahun...gigi ata n bwh die pnjg sgt2...nk potong gg tu jz gn clipper jer ker?x pengsankn die dlu ke?tp cmne nk pgsankan?ade pape tips lg x yg blh mbantu...klu g vet,kos mahal sgt.1gigi rm25

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau berani amik risiko potong pakai clipper pun boleh..xperlu pengsankan..kena pandai pegang n tahan..balut badan guna towel je..tp antar kat vet lagi elok sbb dorg tahu nak wat apa..

      Delete
  7. I would likewise spur pretty much every individual to spare this website page for any most loved help to help posted the appearance.
    guinea pig habitat

    ReplyDelete