Tuesday 28 August 2012

Product Review : Pro Vita C Guinea Pig


Assalamualaikum.

ProVita C Guinea Pig by chubbypetsgarden
Saya dah lama menggunakan vitamin C powder untuk Guinea Pig (GP) saya . Sebab kadang-kadang saya risau vitamin C yang terkandung dalam pellet teroksida (simpan lama) dan akhirnya GP tak dapat apa-apa. Sayur-sayuraan yang tinggi vitamin C pula sangat mahal kalau beli hari-hari untuk GP yang banyak =.=". So dari situ saya mengambil inisiatif untuk membeli Pro Vita C Guinea Pig powder untuk vitamin C tambahan GP saya supaya kekal sihat.

Powder form
ProVita C ini saya beli di Pet Lover Center dengaan harga RM21 untuk 1 oz / 30 gram. Dalam bentuk serbuk. Macam garam. haha. Senang digunakan iaitu dengan hanya menabur di atas makanan GP kita. Partikel serbuk juga halus dan senang melekat pada makanan. 

Tebuk lubang kat penutup dalam. senang nak guna just shake atas makanan.
Cuma apa yang kurang untuk produk ini ialah cara penggunaannya. Macamana kita nak guna, tak kan nak tabur directly dari botol ke dalam makanan, takut terlebih pula, membazir. ahah. Then kalau nak cubit pun jari besar sangat nak masuk dalam botol. Jadi, saya ambil inisiatif dengan menebuk lubang pada penutup botol di bahagian dalam. senang digunakan dengan hanya shake ke atas makanan. alaa lebih kurang macam kita tabur cheese kat pizza hut . haha

Tabur atas timun, senang GP consume vitamin C lebih2 atas makanan yang dia suka
Ramai yang tanya saya bagaimana nak guna, kat botol produk ini cuma tulis "sprikle a pinch of Provita C on a clean bowl or food bowl ..." ahaha. Kalau cara saya, saya hanya tabur serbuk vit. C ini atas mangkuk makanan yang berisi sayuran seperti lobak dan timun. Kerana, bila kita tabur atas sayuran ini, serbuk vitamin senang melekat berbanding dengan sayuran berdaun. 

Nampak tak, serbuk tu tak melekat pada pellet bila saya goncang.
Dan saya tak recommend anda untuk menabur serbuk vitamin ini di atas pellet kerana hanya membazir dan GP kita tak dapat apa-apa pun sebab serbuk tidak melekat pada makanan. 

Not recommended.
Dan jangan larutkan serbuk ini dalam botol air minumam GP, tidak digalakkan walaupun vitamin c water soluble. sebab ?  "Vitamin C is degraded quickly in light, heat, and moisture. Most water bottles are clear so they let in light. It is estimated that after about 8 hours, the amount of active vitamin C in the water is only 20% of the original amount added. For these reasons, adding vitamin C to guinea pig's drinking water is not recommended" [source

Blossom


Kesimpulannya, produk ini OK, dapat tahan lama, sudah berbulan-bulan saya guna dan belum habis lagi, senang digunakan tetapi harga tidak berpatutan. haha. Kalau tak jumpa produk ini ditempat anda bolehlah beli secara online di ChubbyPetsGarden .

Tata, thanks for reading
Busy buat thesis


2 comments:

  1. slam bro... nak jugak product ni.. capsicum yang kaya dengan vit c agak mahal untuk diberi selalu kat GP, lagi pon bila beri makan makanan basah banyak sangat poo akan jadi bau kuat la bro.. if ada suggestion pet shop kat JB ni plz roger. atau u tolong belikan untuk i n pos. i akan bayar dengan u.. kalau boleh i nak 2 botol. roger2 i bro.. thanks..

    ReplyDelete