Saturday, 20 October 2012

Oddy yang pelik.

Assalamualaikum.

comel tak? ahaha
Asyik-asyik entri pasal product review bosan pulak kan. haha. Ni nak cerita pasal Guinea Pig saya yang pelik. Pelik sebab bulu kat muka tak ada. Nak kata skinny GP bukan, nak kata keturunan bukan juga. Parentnya Sheltie/Silkie, tetiba keluar muka botak. haha. By the way, bukan lahir je dah botak terus, tapi bulu gugur hari demi hari sampailah botak sekarang ni. Oleh itu, memperkenalkan Oddy the alien yang pelik. kroihhh.

Oddy dilahirkan pada 23 september, seekor je, anak Barbie. HAHAHAHA. Cek jantina masa lahir hari tu macam betina, tapi bila dah besar sikit jantan rupanya, nanti dah matang boleh tertukar pergi betina kot.hehe. Botak sebab bukan penyakit kulit, tapi gugur without any acceptable reason. So saya assumed ini mungkin disebabkan oleh genetic disorder. KOT!

Mula-mula pelik juga dengan Oddy ni. Menyampah pun ada sebab macam Golum kat cerita Lord of the ring,  mata besar . Tapi lama-lama sayang pula, comel dan exotic. Oddy pun jinak walaupun umur baru cecah sebulan. haha. Dalam sebulan dua ni saya nak tengok bulu tumbuh lagi ke tak. Kalau tak tumbuh maknanya Oddy akan jadi permanent baldface. So bolehlah saya introduce baka GP baru. BALDFACE GUINEA PIG.. gituuuuu. Tapi saya tengok bulu kat atas eye lid Oddy macam dah tumbuh sikit-sikit. huhu.

Malas cerita panjang-panjang, jom tengok gambar Oddy from day 0 sampai yang latest ! (tak semua lah)

23 / 9 / 2012 : Oddy tak sampai pun sejam. baru lagir
26 / 9 / 2012 : bulu kat hidung dah mula gugur.ahahah

29/9/2012 : dah nampak dah botak..masa ni comel je..pasif je..tak aktif lagi

close up pula..tadaaa oddy

5 / 10 / 2012 : gugur kat kawasan mata pula..dah macam musang tengok..ahahahha
13 / 10 / 2012 : hahaha.. dah macam alien !!

14 / 10 / 2012 : tadaaaa.. Oddy yang bulat..ahahahah
16 / 10 / 2012 : dengan chinchill yang comel..ahahahahha

19 / 10 / 2012 : Oddy yang paling latest.. perasan tak bulu kt atas mata dah start tumbuh sikit2..ahaha


Video Oddy. Ada lagi video Oddy boleh usha kat Page FB tepi ni and scroll down cari video oddy.weee

Tata !

9 comments:

  1. baldface pon boleyy hehehe.. tetap tomey

    ReplyDelete
  2. Salam.
    Comel tapi kesian dia kan.
    Nampak seperti bakal tumbuh je kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah..tumbuh la kot..tp bulu kat bahagian perut dah luruh da pun..botak da..ahaha

      Delete
  3. alahai kesian pulak nengok dia , tapi comel je , bolat ! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..comel je oddy walaupun botak..ahahah

      Delete