Rest in Peace Paris 2010 - AUGUST 2012
Pada 20 Ogos 2012 Paris telahpun menghembuskan nafas terakhir akibat masalah gigi yang menyebabkannya susah untuk makan dan minum.huu
Masa awal-awal lagi saya sudah mengesyaki yang Paris ada masalah kesihatan dimana dia kurang makan dan sukar untuk gigit makanan. Tapi saya tak expect itu masalah gigi. Sehinggalah berat badannya makin menurun dan lama kelamaan tanda-tanda masalah gigi makin ketara dimana bulu dibahagian dagu sentiasa basah.
|
Bulu dagu dan leher basah. Air minuman dan drooling. |
Apa yang saya perasan, gigi depan panjang (incisor) dan gigi kat dalam saya kurang pasti sebab tak cek. Tapi apa yang pasti gigi depan yang panjang itu menyebabkannya sukar untuk mengigit dan mengoyakkan makanan. Juga menyukarkan dia untuk minum apabila gigi depan menghalang lidah dari sampai ke air. Dan inilah yang menyebabkan bulu dagu paris sentiasa basah.
|
Tengah cek gigi incisor. Pic lama. |
Selera makan Paris seperti biasa, selalu makan walaupun lambat (susah nak gigit) dan kerap minum air (tak tahu kuantiti air yang dia dapat). Dan bila Paris makin tenat, saya sempat cek najis dia, nampak sangat kering, so saya assumed yang Paris mengalami dehydrated menyebabkannya paralyzed dan kejang lalu mati.
|
Masa ni masih bernyawa lagi, cuma lemah dan paralyzed. kesian tengok, bila saya masuk bilik dia masih tergerak2 nak minta makanan. Kesiannya Paris. T__T |
Lama dia bertahan, lebih 2 bulan Paris mengalami masalah ini dan baru hari ini mati, mungkin juga akibat cuaca yang agak panas dan kering menyebabkan dia dehydrated dan kuantiti air yang dia dapat minum sangat sedikit. Kesian.
Sebelum saya tanam mayatnya, saya potong gigi depan dengan menggunakan clipper, patut dari awal lagi saya potong tapi risau nanti bertambah sakit, so saya tangguhkan sehinggalah dia mati. T__T
|
Gigi depan panjang dan kat dalam tak pasti. tapi saya rasa panjang juga.wuwu |
RIP Paris, seekor GP yang jinak, tak takut manusia, suka lari-lari dalam bilik, my first female GP, pasangan BIBIR (my fiirst GP) dan sudah menghasilkan 4 generasi anak yang comel. Goodbye Paris T__T.
Pada siapa yang ada GP berwaspada bila mengesyaki GP anda susut berat badan, ceklah gigi dan kalau boleh potong sebelum masalah lain datang. Antara tanda-tanda awal masalah gigi yang panjang adalah, berat badan turun, GP sukar untuk makan, dan bulu dibahagian dagu sentiasa basah.
Tapi masalah gigi panjang ini sering terjadi kepada GP yang berusia 2 tahun keatas (seperti Paris). Kalau terjadi kat GP yang umur kurang dari setahun itu masalah gigi yang dipanggil Maloclussion, kind of genetic problem, gigi memanjang juga tapi di usia muda. kot .haa
Tata, mari layan gambar-gambar Paris . huuuu
|
Malam sebelum mati esok harinya.masih aktif lari2 |
|
Malam sebelum mati. Selera makan kuat lagi. sampai masuk dalam bowl..ahahah |
|
nyum nyum nyum. |
|
Dah lemah, tak dapat bergerak, saya cuba bagi dia minum air guna syringe. siap berbaju raya lagi. Haha |
|
Najis sebelum mati, kering tanda Paris dehydrated |
|
died....2.25pm |
|
Potong gigi before kubur. teeth bawah 2/3 dari teeth atas..kalau boleh asah gigi bawah tu bagi tajam. tapi Paris dah mati pun ..haaaaa |
|
Tanam. Goodbye forever. U r my best GP ever. T_T |