Wednesday, 2 August 2017

Cara ajar anak kucing yang degil makan kibble


Anak kucing ni kekadang taknak makan kibble. wetfood juga jadi pilihan. tapi nak taknak kena juga bagi kibble supaya nutrisi cukup sepanjang tempoh pembesaran. As we all know, kibble atau makanan kering kucing ni dah well formulated dengan nutrient yang diperlukan oleh badan kucing, jadinya wetfood saje tak cukup .

Btw, saya guna kibble brit premium for kitten (38% protien). my kittens suka tapi makan sikit sebab keras. Korang boleh guna any kibble yang elok untuk kitten. Kalau boleh avoid kibble yang colorfull. Wetfood pula boleh guna any wetfood brand yang kurang jelly lah kalau boleh. Saya start bagi macam ni bila anak kucing dah umur sebulan ke atas, kira untuk pre-weaning (cerai susu) lah.

Boleh tengok video bawah ini dan hasilnya anak kucing akan jadi gemuk. hehe. jangan lupa suap susu juga (susu kambing ok).Dan letak juga kibble, nanti anak kucing akan slowly makan kibble bila lapar. hehe

Boleh visit my cat's facebook page di SINI



0 comments:

Post a Comment