Saturday 15 September 2018

(RECOMMENDATION) - Multivitamin untuk Kucing Kesayangan Anda


Hi, it has been awhile juga tak post entry baru. haha. Admin busy sekarang melanjutkan pengajian untuk peringkat Doctorate. Jadi entry kali ni nak cerita sikit pasal Multivitamin yang elok untuk haiwan kesayangan anda semua. Admin sendiri guna supplement ni untuk kucing-kucing admin. Iaitu Multivitamins+Lysine or LC-VIT. 



Apa yang membuatkan supplement ni bagus untuk kucing adalah ia mengandungi pelbagai jenis vitamin yang diperlukan oleh badan kucing untuk membantu sistem fisiologi badan kucing berkerja dengan sempurna. Dan supplement ini juga mengandungi L-Lysine iaitu salah satu jenis essential amino acids yang sangat berguna untuk sistem badan kucing. Sebab kucing tak boleh synthesis its own lysine jadi sumber dari luar diperlukan. Anda semua boleh google fungsi utama Lysine. Kiranya multivitamin ni macam 2 in 1. Selain membekalkan vitamins, ia juga boleh jadi sumber amino acid untuk kucing.

Bagaimana cara bagi supplement ini pulak?kat label ada tulis. haha. Kita boleh suap kucing (ikut dosage guna syringe) ataupun campur dengan air minuman kucing. Mudah saja. Dan rasa supplement ni bau macam manis manis dan kucing admin pun suka mungkin sebab rasa tak macam ubat. Sebab sesetengah kucing ni bila suap supplement dia punya reaction macam suap racun pula sampai berbuih mulut. 


Harga? hehe harga supplement ni bagi saya sedang-sedang saja dan sesuailah dengan kebaikan yang ada dalam supplement ni. Harga mungkin berlainan mengikut lokasi anda. Saya beli RM42.00 sebotol (120 ml). 

Nota tambahan, ada sesetengah seller ni cakap supplement seperti ni boleh mengubati penyakit (contohnya selesema dan virus)(Lysine tiada antiviral effects). Semua itu tak benar ya, ini bukan ubat tapi cuma makanan tambahan untuk kucing sahaja seperti vitamin atau amino acid. Badan akan berfungsi dan berkerja dengan baik jika setiap vitamin/amino acid/ dan nutrient yang lain dapat dibekalkan dalam badan. Contohnya, bila segala nutrient requirements dipenuhi, hasilnya badan kucing akan berfungsi dengan baik samada boleh meningkatkan kadar penyerapan nutrient dalam badan (menaikkan berat badan dan improve growth performance), menyokong semua jenis enzyme dalam badan (membantu meningkatkan sistem imun kucing) dan pelbagai lagi sistem fungsi dalam badan kucing. Dan supplement ni sangat digalakkan untuk kucing yang kurang nutrient (contohnya jika diberi makan kibble yang jenis bukan premium) jadi supplement seperti ini bagus untuk memenuhi keperluan badan kucing. Itu saja lah. till next time.


Boleh klik FB page kat tepi kalau nak beli kucing (depends on availability)

0 comments:

Post a Comment