Friday 8 November 2013

Pembiakkan Guinea Pig/Marmut

Hello. (lama tak update blog)

Ramai yang tanya berkaitan dengan isu pembiakkan Guinea Pig (GP) bukan organ pembiakkan yek.hehe, jadi untuk entry ni nak buat kesimpulan kepada semua pertanyaan tersebut. hihi.



1. Tanda - tanda GP (betina) datang miang (on heat/estrus)?

GP betina datang miang/estrus (bersedia untuk mating) setiap 14-16hari setiap bulan, banyak tanda-tanda     yang kita boleh nampak antaranya GP betina tak senang duduk, memanjat GP betina yang lain (act like a       boar). Standing heat, maksudnya bila kita usap belakang (bahagian pinggul), GP betina akan jadi statik         dan naikkan bontot dia.haha. Tak boleh imagine macam mana? tengok video ini.haha


2. Tanda - tanda GP mengandung dan nak beranak/melahirkan anak?

Soalan ni kerap ditanya, hehe. First sekali tengok bentuk badan GP tersebut, kalau perasan perut membuncit kita dah boleh assume yang GP tu maybe pregnant, then cek dan raba bahagian abdomen GP tersebut, kalau rasa seperti belon berisi air, maksudnya masih diperingkat awal kandungan, kalau boleh rasa kaki, kepala dan badan GP dan dapat rasakan baby di dalam menendang atau bahagian abdomen dah mula mengeras dan berisi, itu maksudnya dah masuk minggu-minggu terakhir untuk beranak. 


3. Perlu ke asingkan jantan dan betina masa tengah pregnant?

Kita tak tahu bila GP akan beranak, jadi seeloknya asingkan jantan dan betina sebab takut bila GP dah beranak, nanti yang jantan akan start mating semula, dan taknak lah back to back pregnancy kan. Dan purpose lain asingkan jantan dan betina adalah untuk mengelakkan GP betina yang pregnant dari stress diganggu oleh GP jantan.



4. Bila GP betina akan datang estrus balik? dan tempoh pantang GP untuk next pregnancy?

Macam yang kat no.1, GP betina akan datang estrus balik selepas 15hari melahirkan anak, contohnya beranak pada 1 Nov, dan GP betina akan estrus semula dalam lingkungan 14 Nov hingga 16 Nov. Sebenarnya selepas beberapa jam beranak GP betina akan datang estrus balik, tapi seeloknya jangan mating kan sebab masih dalam pantang. Dan tempoh pantang GP betina sebelum next pregnancy adalah selepas anak GP putus susu dan selepas ibu GP kembali normal, iaitu berat badan kembali normal, tempoh dalam sebulan hingga ke 3 bulan. Terpulang pada owner, selepas sebulan pun boleh jika GP tiada apa apa masalah kesihatan. Dan kiraan untuk estrus datang semula iaitu GP betina sedia untuk mengawan dikira dari selepas beranak, contohnya macam tadi estrus pada 14 Nov, seterusnya kali kedua pada 30 Nov, kali ketiga pada 15 Disember dan kali keempat pada 30 Disember. Ini contoh tarikh sahaja bergantung pada bila GP betina tersebut beranak. 




Emm. Itu je kot. Lupa pula yang lain apa dia. hahha. Apa-apa pertanyaan boleh terus tanya kat FB page saya kat tepi ini. hehe. Sorry sangat sekarang sangat busy, baru sahaja habis study, and now sambung study lagi pada peringkat Master. Thanks for ur reading