Saturday 21 April 2012

Soalan Lazim Guinea Pig/marmut

ini adalah my chinchill yang somel!

Ini adalah entri untuk soalan lazim yang sering diajukan berkenaan Guinea Pig (GP). HAHA. Selalu orang tanya by message, so saya terus buat entri ini. Jom lah baca HAHA.

1. Kenapa pig? 

Haha, itu adalah nama sahaja, orang panggil guinea pig (GP) sebab konformasi badan macam babi, badan panjang kaki pendek, leher pendek. Dan kuat makan macam babi juga. HAHA. GP bukanlah dari keturunan babi k, tapi ialah rodent.  Orang kita panggil tikus belanda, ada yang panggil marmut. Dan ingat, GP itu bukan hamster, hamster tu bukan GP.haha

Chinchill jadi model !..ahaha

2. Senang ke nak jaga?

Senang ke tak bergantug dekat orang yang bela. GP senang jaga, yang penting cukup makan dan minum, bagi makanan yang betul, ruang dan kandang yang bersih . Kalau semua ni dah OK, tak ada masalah dari segi kesihatan dan penjagaan. Tak payah sibuk-sibuk jumpa vet, duit pun save..hureyyy

Ni nama dia Barbie..malu nak bagitahu!..WAKAKAKAK

3. GP makan anak dia tak?

GP tak makan anak macam hamster. GP special sikit dari hamster. Anak lahir je dah ada bulu dan boleh berjalan, makan dan minum, so, no point GP nak makan its own baby kan. GP hanya makan placenta yang ada selepas beranak je, ada artikel cakap tu untuk sumber protein, ada yang cakap tu untuk induce milk let down, mana satu betul entah. 

Yang ini Gojes..adik barbie..tapi gojes dah kena jual..HAHA

4. Tanda-tanda GP mengandung ?

Kalau GP itu pregnant, selalunya yang paling obvious sekali kita boleh nampak adalah bentuk perut yang membuncit dan selera makan tinggi. Tapi di awal tempoh mengandung (kalau perut tak membesar lagi), kita boleh perhati GP tak datang estrus (tak on heat) dalam sebulan tu, itu bermakna, GP itu tengah pregnant lah. Tapi susah nak detect GP itu on heat ke tidak, apa yang boleh buat kita letak teaser boar (jantan) untuk cek samada betina tu nak mating ke tak. Selalunya, dalam sebulan GP in heat 2 kali.

5. Berapa lama anak GP nak cerai susu?

Anak GP cerai susu seawal 21 hari, masa tu pun anak GP dah boleh minum air dari bottle kot. Lagipun, penghasilan susu (milk production) ibu GP pun dah kurang bila masuk minggu ketiga dan keempat.

6. Sesuai bela sepasang atau seekor ?

Sebaiknya bela sepasang, tapi kalau bela sepasang pastikan sama jantina kalau u r not intended for breeding purpose. Sepasang sebab GP ni haiwan yang hidup secara berkelompok, so ada baiknya bela sepasang dari seekor takut GP tu sunyi. Kalau bela sepasang berlainan jantina, habislah nanti GP beranak pinak, dari 2 ekor jadi berbelas-belas ekor. macam saya =.="

Meri n chinchil jadi totoro?

7. Jantan dengan Jantan kalau letak sekali bergaduh tak?

Bergaduh, kalau dalam cage tu ada betina. Dan kalau intorduce adult GP dengan adult GP ada possiblity akan bergaduh untuk tunjukkan siapa lagi dominant. Kalau introduce adult GP to young GP, possibility untuk bergaduh kurang. 

8. GP gigit orang tak?

GP tak gigit orang melainkan dia rasa terancam dan korang pukul dia. HAHA

9. Macam mana nak cek jantina??

Boleh rujuk kat website ini, nak cek senang je, yang penting tahu struktur anatomi sistem pembiakan haiwan..haha

10. Kenapa kencing GP warna putih pekat?

Tu orang putih panggil white cloudy urine. Itu terjadi bila diet tak betul di mana kita terbagi makanan yang mengandungi kalsium yang tinggi, kalsium yang berlebihan tu akan dikumuh oleh ginjal dan menghasilkan kencing yang berwarna putih. Cara mengatasinya, kurangkan pemberian makanan yang tinggi kalsium dan bagi makan sayur-sayuran yang tinggi vit. C untuk elak dari pembentukkan batu karang pada ginjal.

11. Taik GP bau tak ?

HAHA, taik GP tak sebusuk kucing, taik GP entahlah bau camna, tak penah pegang dan hidu pun, kalau kencing GP, yes bau, ammonia kuat. HAHA

12. Apa barang-barang starter yang kena ada untuk newbie?

Untuk siapa yang baru nak bela, barang-barang yang kena ada ofcourse lah kandang, untuk newbie seeloknya guna wire cage sebab senang nak bagi bersih (jangan lupa letak floor mat), bila dah lama bela bolehlah tukar cage, depends lah. Lepas tu kena ada hay dan pellet, kalau GP umur kurang 6 bulan or GP kurus kering macam lidi bolehlah guna alfalfa hay dan pellet, kalau beli GP yang dah tua gemuk, guna timothy hay dan pellet. wakakaka. Lepas tu kena ada botol air tuk GP, ada newbie akan guna bowl tuk letak air, jangan guna bowl, nanti GP tak reti minum kat sana, dan nanti GP berkubang dalam tu.HAHA. Tu je lah starter untuk newbie. Kalau banyak-banyak kang pokai pulak.

13. Boleh bagi pellet arnab untuk GP?

Boleh, beza pellet arnab dengan GP cuma pellet arnab tak ada added vit.C dan nutritional value slightly different but still the same. Kalau bagi pellet arnab, kena make sure GP dapat sumber vit.C whether dari sayur or buahan atau supplement. HOHO. Tapi ada pellet arnab yang ada formulated antibiotic dan anticoccidiosis added dalamnya. Kalau ada, jangan bagi GP makan.


Tadaaa..after bathing, drying then posing!

14. GP mandi berapa kerap? susah tak nak bagi mandi?

GP kalau dah kotor dan bau tahap gaban tu kenalah mandi, tapi tak boleh mandi kerap sangat, atleast 2 minggu sekali (itupun kalau dah kotor sangat), recommended sebulan sekali lah, tak yah ikut sangat orang putih punya protocol, kita cuaca kat sini panas dan lembab, GP cepat kotor. HAHA.

Tak susah bagi mandi, yang penting jangan guna air sejuk, tapi guna air suam, jangan panas sangat, sedang-sedang je, GP pun suka dan diam je. HAHA.

15. Macamana potong kuku GP?

Bila kuku GP dah panjang kenalah trim, cara potong dia sama konsep macam potong kuku kucing atau anjing. Jangan potong yang ada salur darah pula, nanti berdarah. Sila rujuk website ini http://www.guinealynx.info/nails.html

16. Boleh bagi GP makan sayur je ke?

Adoi, tak bolehlah bagi makan sayur je, apalah yang ada sangat pada sayur, protein tak cukup untuk support tumbesaran GP, ahaha. sayur bukan diet utama GP, tapi kenalah ada sumber nutrient yang lengkap dari pellet mahupun hay, dan kalau boleh rumput-rumput pastura contoh napier, fiber penting untuk kesejahteraan GIT sistem GP. HAHA




Itu je kot, kalau ada apa-apa lagi saya update, tak dapat recall pula soalan yang biasa ditanya, tata!



THANKS FOR READING!







Saturday 14 April 2012

Guinea Pig/Marmut untuk dijual.

Assalamualaikum!

*SOLD*

Chinchil bukan untuk dijual. HAHA
HUWAA, hari itu saya ada cakap nak let go Guinea Pig (GP), so, inilah dia! Ada siapa-siapa yang sayangkan binatang nak beli tak? HAHA. sedih gila nak let go, tapi apakan daya, terpaksa juga, tak mampu nak jaga mereka semua, sebab sekarang dah ada 15 ekor dan saya sangat busy, saya nak let go 5 ekor. HUUU. nangis. Marilah tengok gambar-gambar GP saya yang bakal menjadi anak angkat kepada owner baru. 


HPB01
Abbysinian 
Female
3 Months
(SOLD)


HPB02
Sheltie 
Female 
4 months (maybe pregnant)
(SOLD)


SOLD
HPB03
Shebby (Sheltie X Abysinian)
Male
3 Month
RM65


SOLD
HPB04
American (Sheltie X Abysinnian)
(yang ni tak ikut bapak dia lak bulu panjang, pendek je bulu tapi lebat)
Male
4 Months



SOLD
HPB05
American ( Sheltie X Abysinian )
(ni main tulis ja american sebab bulu pendek, walhal parents dia bukan american.Haha)
Male
4 months



SOLD

Ini pula cage terpakai untuk dijual, still in a good condition, jual sebab dah banyak cage kat bilik , ruang dah tak cukup nak simpan semua. huhu. Beli kat PLC dengan harga RM123 tapi saya jual dengan separuh harga RM60. 

Maybe ada yang akan kata kenapa saya jual harga mahal (mahal ke?) haha. Saya bela diorang ni semua dalam bilik under my supervision, bagi makanan terbaik, dan rasanya harga ini sangat affordable. HUHU . So, pada siapa-siapa yang area Selangor, Sri Kembangan, Sri Serdang or paling terbaik area UPM yang berminat nak beli bolehlah PM saya kat page FB atau personal FB ada kat tepi tu hah. Good owner di utamakan coz they need a good homes! huwaaa, nangis.

Bawah ni bapak kepada anak-anak (kecuali HPB01 dan 03) di atas. Besar nanti they can be like their father, tough and big plus comel..ahahha!
Anyway, bawah ni nama dia Oreo, not for sale.

besar lagi dari botol ni sebenarnya.huhu

badan mengecil?..erk..hehe

Oreo!

see, macamana sesaknya bilik ni..ahahaha