Friday 31 August 2012

Video Guinea Pig / Marmut melahirkan anak

Assalamualaikum.

Saja buat tajuk macam tu, kot-kot ada yang mencari video GP lahirkan anak? Blossom telahpun melahirkan anak buat kali ketiga rasanya, saya pun dah lupa, dan Blossom ni saya akan tinggalkan kat rumah untuk dijaga oleh family. Mudah-mudahan panjang umurnya. Jom tengok video , mungkin ada yang tak pernah tengok anak GP yang baru dilahirkan. weee

30/August/2012
1.30pm


Tata, thanks for reading

Gambar sebelum beranak

Dah beranak seekor

Hai, pertama kali melihat dunia

yeay reward after give birth


Tuesday 28 August 2012

Product Review : Pro Vita C Guinea Pig


Assalamualaikum.

ProVita C Guinea Pig by chubbypetsgarden
Saya dah lama menggunakan vitamin C powder untuk Guinea Pig (GP) saya . Sebab kadang-kadang saya risau vitamin C yang terkandung dalam pellet teroksida (simpan lama) dan akhirnya GP tak dapat apa-apa. Sayur-sayuraan yang tinggi vitamin C pula sangat mahal kalau beli hari-hari untuk GP yang banyak =.=". So dari situ saya mengambil inisiatif untuk membeli Pro Vita C Guinea Pig powder untuk vitamin C tambahan GP saya supaya kekal sihat.

Powder form
ProVita C ini saya beli di Pet Lover Center dengaan harga RM21 untuk 1 oz / 30 gram. Dalam bentuk serbuk. Macam garam. haha. Senang digunakan iaitu dengan hanya menabur di atas makanan GP kita. Partikel serbuk juga halus dan senang melekat pada makanan. 

Tebuk lubang kat penutup dalam. senang nak guna just shake atas makanan.
Cuma apa yang kurang untuk produk ini ialah cara penggunaannya. Macamana kita nak guna, tak kan nak tabur directly dari botol ke dalam makanan, takut terlebih pula, membazir. ahah. Then kalau nak cubit pun jari besar sangat nak masuk dalam botol. Jadi, saya ambil inisiatif dengan menebuk lubang pada penutup botol di bahagian dalam. senang digunakan dengan hanya shake ke atas makanan. alaa lebih kurang macam kita tabur cheese kat pizza hut . haha

Tabur atas timun, senang GP consume vitamin C lebih2 atas makanan yang dia suka
Ramai yang tanya saya bagaimana nak guna, kat botol produk ini cuma tulis "sprikle a pinch of Provita C on a clean bowl or food bowl ..." ahaha. Kalau cara saya, saya hanya tabur serbuk vit. C ini atas mangkuk makanan yang berisi sayuran seperti lobak dan timun. Kerana, bila kita tabur atas sayuran ini, serbuk vitamin senang melekat berbanding dengan sayuran berdaun. 

Nampak tak, serbuk tu tak melekat pada pellet bila saya goncang.
Dan saya tak recommend anda untuk menabur serbuk vitamin ini di atas pellet kerana hanya membazir dan GP kita tak dapat apa-apa pun sebab serbuk tidak melekat pada makanan. 

Not recommended.
Dan jangan larutkan serbuk ini dalam botol air minumam GP, tidak digalakkan walaupun vitamin c water soluble. sebab ?  "Vitamin C is degraded quickly in light, heat, and moisture. Most water bottles are clear so they let in light. It is estimated that after about 8 hours, the amount of active vitamin C in the water is only 20% of the original amount added. For these reasons, adding vitamin C to guinea pig's drinking water is not recommended" [source

Blossom


Kesimpulannya, produk ini OK, dapat tahan lama, sudah berbulan-bulan saya guna dan belum habis lagi, senang digunakan tetapi harga tidak berpatutan. haha. Kalau tak jumpa produk ini ditempat anda bolehlah beli secara online di ChubbyPetsGarden .

Tata, thanks for reading
Busy buat thesis


Monday 27 August 2012

DIY : Marmut Ice Cube Veggies ( Guinea Pig Treat )

Assalamualaikum.


Buat pertama sekali saya buat treat untuk Guinea Pig (GP) saya, ahaha, saya panggil treat ini Ice Cube Veggies Hot Hot Summer, panjang betul nama..haha. Idea dapat dari my favourite cavy site Happycavy.com . Treats ini sesuai diberi pada waktu panas terik untuk menyejukkan badan GP. Bila dah namanya treat, jadi ini bukan daily food GP, bagi sekali sekala sahaja as treat. =.="

Sesuailah dengan cuaca kat Malaysia yang panas terik ini. Treat ni diperbuat dari sayur-sayuran yang GP saya suka dan dikisar kemudian diletakkan dalam tray ice cube dan disejukbeku dalam peti ais.

Ketiga-tiga sayur ni GP saya suka makan. Colorful betul..wakakak
Boleh letak buah epal juga dan apa-apa saja sayur yang GP anda suka makan. Haha. Gambar atas ni GP saya paling suka timun, so saya letak timun lebih sikit.

nyummm..kalerpul nyaaa..ahaha

Then potong kecil sayur-sayur tadi. untuk timun tu saya buang bijinya sebab timun saya tu lain macam je.hahaa

Masukkan dalam blendder. wakakak.. saya guna blender salah..huwaa..

yarghhhhhh..kisar sampai lecakkkkkk..hhaha

tadaaa..hasilnya.macam sedap. color ikut lobak tapi bau macam timun, sebab saya lebihkan timun supaya GP saya jadi suka.

Masukkan dalam ice tray then masuk dalam peti sejuk untuk bekukan. weeeee


Once dah beku, keluarkan cube veggie dan sedia dihidang. Inilah hasilnya. GP belum rasa lagi. Tengok respon macamana. Saya tak letak air masa blend sebab kalau letak air nanti cube tu jadi macam ais, susah GP nak gigit. Timun tu pun dah banyak air. huhu

Nahhh.. Makanlah. huwaaaa




Secara overall OK lah kot sebagai treat dikala panas terik. Haha. Dapat sejukkan badan dengan variety of veggies. All in one. Tapi GP saya malu-malu makan. Hahah. Selamat mencuba dan hope GP anda pun suka. jangan overfeed, nanti GP cirit-birit pula. haha. Ada sesetengah site kata never feed your GP cold food, bagi saya, untuk treat tak apa kot, kalau tak, tak kan happycavy.com introduce recipe ni kan. weee

Tata, Thanks for Reading
Busy buat thesis


Sunday 26 August 2012

Product Review : Pro Optimum Guinea Pig Essentials

Assalamualaikum

ni repacking balik. ooo..paket dia kalis haba ooo..macam aluminium foil. ahah

Sudah hampir sebulan saya gunakan Pro Optimum Guinea Pig Essentials sebagai makanan pellets Guinea Pig (GP) saya. Ini kali pertama saya cuba pellet ni dan nampaknya GP saya pun suka makan sampai licin =.=" Haha.

Saya beli kat Pet Lover Centre dengan harga RM26.89 (mahalnya) untuk 1.25kg . kroihh kroih. Yang menarik perhatian saya untuk mencuba pellet ini sebab kat paket dia ada tulis "contains Probiotic". Di mana probiotic ini penting dalam meningkatkan sistem pencernaan makanan dalam usus GP. Kat brand pellet lain tak jumpa pula Probiotic added dalamnya, jadi pellet ini berbaloi dengan harganya yang mahal =..="

tulis kat packaging. Minumum requirement untuk CP 18%. wuwu. certain pellet ada 16 % CP, tapi tak kisahlah asalkan ada protein. Hahah
Lagi yang menarik tentang pellet ni kat dalam ada buah RoseHip yang dikeringkan, saya tak tahu apa tu rosehip tapi bila google, rosehip ni kaya dengan Vitamin C dan sering dijadikan treat untuk Chinchilla dan Guinea pigs. Tapi kat paket pellets ni claim yang rosehip 'rich in Antioxidant'. hihi. antioxidant pun elok juga untuk prevent GP dari penyakit seperti cancer. Tapi, GP saya tak makan pun rosehip kering tu, mungkin sebab dah kering kot. hehe

inilah buah rosehip yang kering, GP saya tak mahu makan oo, atau rosehip ni digunakan untuk pellets preservation ? antioxidant katanya. -..-"
Rupa pellets, bentuk macam pellet2 lain juga tapi warna agak dull, tak macam warna pellet hagen, oxbow dan pellet arnab. Warna more to coklat keabuan, huuu, tapi GP suka

Pellet ni alfalfa based, dan kat paket claim yang pellet ni sesuai untuk semua peringkat umur GP. Tapi pada saya, pellets ni sesuai diberikan kat pregnant GP, underweight GP, Young GP dan GP yang sakit kot. Sebab kandungan Protein yang tinggi tak sesuai diberikan kepada GP yang overweight atau obesiti. Ermm, tapi pellet ni tiada kandungan CORN, so less carbohydrate dan fat pasal tu lah kot sesuai untuk semua peringkat umur. -..- Ooooo patutlah. haha

Hai, my name is Blossom and i'm pregnant. HAHA
Muahh, thanks Pro Optimum for the pallatable pellets. HAHA
Untuk lagi details boleh cek kat website chubbypetsgarden kat SINI . Boleh juga order kat website tu kalau tak jumpa produk ni kat tempat anda. huahau. So, sebagai kesimpulannya, pellet ni OK, bagi makan kat GP pun tak ada leftover, mangkuk pun licin, cuma GP saya tak makan rosehip tu, maybe GP saya tak suka atau tak perasan itu makanan.haha

Saya beli 1.25kg dapat bertahan lebih kurang sebulan untuk seekor GP. (saya bagi kat Blossom yang tengah pregnant) . Tapi saya campur dengan pellet lain pasal tu lambat habis. HAHA . Bau pellet pun menarik walaupun tiada kandungan molasses dalamnya, maybe bau rosehip tu kot =.= .

Video untuk tontonan umum

Model dalam video ni Blossom, tengah sarat mengandung ( bila ntah nak beranak), umur 1 tahun 4 bulan, baru saja kematian mak iaitu Paris akibat kekurusan (overgrown teeth) , boleh cek previous entry.wee


Tata, thanks for reading


Monday 20 August 2012

Masalah gigi PARIS ( Guinea Pig / Marmut )

Rest in Peace Paris 2010 - AUGUST 2012


Pada 20 Ogos 2012 Paris telahpun menghembuskan nafas terakhir akibat masalah gigi yang menyebabkannya susah untuk makan dan minum.huu

Masa awal-awal lagi saya sudah mengesyaki yang Paris ada masalah kesihatan dimana dia kurang makan dan sukar untuk gigit makanan. Tapi saya tak expect itu masalah gigi. Sehinggalah berat badannya makin menurun dan lama kelamaan tanda-tanda masalah gigi makin ketara dimana bulu dibahagian dagu sentiasa basah.

Bulu dagu dan leher basah. Air minuman dan drooling.
Apa yang saya perasan, gigi depan panjang (incisor) dan gigi kat dalam saya kurang pasti sebab tak cek. Tapi apa yang pasti gigi depan yang panjang itu menyebabkannya sukar untuk mengigit dan mengoyakkan makanan. Juga menyukarkan dia untuk minum apabila gigi depan menghalang lidah dari sampai ke air. Dan inilah yang menyebabkan bulu dagu paris sentiasa basah.

Tengah cek gigi incisor. Pic lama.
Selera makan Paris seperti biasa, selalu makan walaupun lambat (susah nak gigit) dan kerap minum air (tak tahu kuantiti air yang dia dapat). Dan bila Paris makin tenat, saya sempat cek najis dia, nampak sangat kering, so saya assumed yang Paris mengalami dehydrated menyebabkannya paralyzed dan kejang lalu mati. 

Masa ni masih bernyawa lagi, cuma lemah dan paralyzed. kesian tengok, bila saya masuk bilik dia masih tergerak2 nak minta makanan. Kesiannya Paris. T__T
Lama dia bertahan, lebih 2 bulan Paris mengalami masalah ini dan baru hari ini mati, mungkin juga akibat cuaca yang agak panas dan kering menyebabkan dia dehydrated dan kuantiti air yang dia dapat minum sangat sedikit. Kesian.

Sebelum saya tanam mayatnya, saya potong gigi depan dengan menggunakan clipper, patut dari awal lagi saya potong tapi risau nanti bertambah sakit, so saya tangguhkan sehinggalah dia mati. T__T

Gigi depan panjang dan kat dalam tak pasti. tapi saya rasa panjang juga.wuwu

RIP Paris, seekor GP yang jinak, tak takut manusia, suka lari-lari dalam bilik, my first female GP, pasangan BIBIR (my fiirst GP) dan sudah menghasilkan 4 generasi anak yang comel. Goodbye Paris T__T.

Pada siapa yang ada GP berwaspada bila mengesyaki GP anda susut berat badan, ceklah gigi dan kalau boleh potong sebelum masalah lain datang. Antara tanda-tanda awal masalah gigi yang panjang adalah, berat badan turun, GP sukar untuk makan, dan bulu dibahagian dagu sentiasa basah. 

Tapi masalah gigi panjang ini sering terjadi kepada GP yang berusia 2 tahun keatas (seperti Paris). Kalau terjadi kat GP yang umur kurang dari setahun itu masalah gigi yang dipanggil Maloclussion, kind of genetic problem, gigi memanjang juga tapi di usia muda.  kot .haa

Tata, mari layan gambar-gambar Paris . huuuu

Malam sebelum mati esok harinya.masih aktif lari2


Malam sebelum mati. Selera makan kuat lagi. sampai masuk dalam bowl..ahahah

nyum nyum nyum.

Dah lemah, tak dapat bergerak, saya cuba bagi dia minum air guna syringe. siap berbaju raya lagi. Haha

Najis sebelum mati, kering tanda Paris dehydrated

died....2.25pm


Potong gigi before kubur. teeth bawah 2/3 dari teeth atas..kalau boleh asah gigi bawah tu bagi tajam. tapi  Paris dah mati pun ..haaaaa

Tanam. Goodbye forever. U r my best GP ever. T_T