Assalamualaikum
Heloo para-para pet lover dan pet lover in the making. Hehe. Hari ni aku (saya) nak buat pasal Sugar Glider (SG) pula. Sebenarnya dah ramai yang request suruh buat pasal SG ni, sampai akupun jadi tekanan, wakakak. Bukan taknak buat pasal SG tapi haiwan ni aku tak bela so rasanya kurang mengancam lah entri kalau takde experience bela haiwan ni kan.
Tapi takpe, aku buat juga, entri ini sangat basic tau. Oke, sejak SG ni keluar Majalah 3 memang aku nampak ramai yang buat entri pasal SG dan ramai juga yang nak bela ye.
|
*gambar ehsan dari kosmet |
So, untuk entri blog ini, aku taknak buat entri yang biasa macam orang lain dah buat, Aku nak tukar sikit, kali ni kita cerita pasal keburukkan SG pula. Aku bukan nak kata SG ni pet yang tak elok tapi cuma nak bagi peringatan sikit pada siapa-siapa yang rancang nak bela haiwan ni, pertama kali kena study dulu pasal haiwan ni then fikir apa kebaikan dan keburukkan haiwan ni sebelum buat keputusan, supaya nanti tak menyesal pula ye bela haiwan ni dan duit pun tak melayang.hehe. Kalau dah nyesal mesti ada kes dera dan buang pet ye tak? Wakakak (kalau taknak boleh derma kat aku)
Sebab ramai antara kita ni bila tengok haiwan comel terus nak bela tanpa kaji dulu tentang pet tu. So jangan ikut impulse korang bila beli pet. Tengok kemampuan diri dulu before rancang nak bela apa-apa pet .hehe.
"teruskan membaca, jangan malas"
Untuk entri kali ni aku dah buat conversation dengan dua orang owner yang bela SG, iaitu kosmet aku
(nama dirahsiakan) dan juga Ainan Tasneem, kenal Ainan Tasneem tak? Kalau tak kenal klik
SINI tengok lagu dia.best wo ! Marilah kita baca~
|
Kebisingan |
Okai kedua-dua mereka ni kata SG bising waktu malam, so, rasa-rasa kalau korang taknak tidur malam korang terganggu, baik pikir dua kali before nak bela. (tapi takdelah bising sangat pun kan) Hikhik.
Info – SG adalah haiwan nocturnal dimana aktif pada sebelah malam dan tak aktif pada siang. Pasal tu buat bising menyalak, lompat-lompat sana sini , lebih-lebih lagi cage yang penuh dengan alat mainan SG , memang jadi tambah bising lah malam korang.
|
Bau |
Okai,seterusnya SG ni ada
bau. So, pada siapa yang rasanya tak boleh get along dengan pet yang ada bau, tak payah lah bela SG, nanti menyesal. Tapi kalau dah memang suka dan sayang dengan SG ni, bau busuk takde hal sangat kot. Hehe. Dan biasanya, SG jantan yang dah matang akan jadi lebih busuk. ahah
Info – Untuk bau ni ada banyak faktor kenapa SG mengeluarkan bau. Ada 3 jenis bau. First jenis bau yang biasa, normal odor. Second bau masa musim mengawan, yang ni bau kuat sikit dan ketiga adalah bau dari anal gland, untuk bau dari anal gland ni, SG rembes kalau dalam keadaan takut, mungkin takut dengan kucing or binatang lain kat rumah, so SG akan rembes bau ni.
|
*gambar ehsan dari kosmet..Kawasan yang aku bulatkan kuning tu adalah gland bau pada SG jantan, ada kawasan botak kat atas kepala. |
Oke, ada lagi sebenarnya, tapi cukuplah dua ni, hihi. Dua benda ni biasanya normal pada mana-mana pet, yang ni just nak bagitahu kat siapa yang nak bela SG, kot-kot tak suka situasi macam kat atas. Lagi satu korang yang nak bela SG ni kenalah kuat mental sebab SG ni haiwan cerewet.
"baca dan baca lagi!"
Selain tu pada siapa yang bercadang nak bela SG lepas ni harus tahu beberapa benda penting seperti benda basic yang kena ada
(bonding pouch etc) dan
pemilihan kandang, korang takleh letak dalam kandang kecil macam hamster, korang kena beli kandang yang besar, rasanya lebar tak penting tapi kandang tu kena tinggi
(seeloknya 3 feet tinggi) Sebab SG ni suka memanjat, dan memang asalnya pun SG ni tinggal kat atas-atas pokok.
|
*Gambar ehsan dari kosmet. |
Kedua, korang kena tahu tentang pemakanan/diet. SG adalah haiwan omnivor di mana diet makanan protien dan sayuran+buahan. Contoh sumber protien yang SG makan seperti mealworm, cengkerik, grasshoper, boiled egg, ayam rebus dan etc.
Pasal makanan ni kena kaji betul-betul, sebab SG cerewet memilih makanan. Banyakkan buat research on SG diet ya. Aku nak tolong tak dapat sebab tak ada experience lagi. Nanti salah bagi info pula.
|
Cengkerik sumber protien untuk body development. |
Ketiga, memandangkan SG ni mahal, mesti korang nak bela seekor dulu kan, oke kalau nak bela seekor, tanya diri korang sanggup ke tak bagi perhatian dan luangkan masa dengan SG?. sebab SG ni adalah social animal, perhatian adalah sangat penting. Kalau tak, SG akan depressed yang mana boleh sebabkan masalah kesihatan atau mungkin mati
(tragic betul bela SG ni) haha. Tapi kalau bela dua ekor or lebih, SG tak lah sunyi sangat kan.hihi
"teruskan baca, nak habis dah"
Keempat adalah korang kena tahu cara untuk bonding dengan SG anda, masa mula-mula beli SG, memang tak kenal korang, akan ambil masa juga nak bagi SG tu kenal dengan owner (lebih kurang macam anjinglah). Ada banyak cara kita nak bonding dengan SG, rasanya korang boleh google sendiri, sebab kalau aku tulis panjang pula. Tapi lagi banyak kita luangkan masa dengan SG lagi cepatlah proses dia nak kenal kita.
|
Tips dari Ainan. |
Ouh ya, selain tu persediaan mental dan fizikal owner juga penting , dan tak lupa juga kewangan kena stabil, bela SG ni perlukan high maintenance . (haihhh. jadi angan-anganlah aku nak bela)
SO, kepada bakal-bakal owner SG, penting untuk kita study dulu pasal pet tu sebelum rancang nak bela. Aku buat entri ni pon bukan sebagai expert, akupon nak study juga pasal haiwan exotic ni. Kalau ada pertanyaan eloklah bertanya kepada yang dah berpengalaman bela SG.
|
ehsan google
|
"Kalau ada pengetahuan tak guna juga kalau takde pengalaman, dan kalau ada pengalaman tak guna juga kalau takde pengetahuan, So, kedua-duanya penting"
P/S: Apa-apa pun, untuk siapa yang memang dah plan nak bela SG ni, kena study betul-betul pasal haiwan ni sebelum bela. Mungkin kalau ada owner SG yang nak berkongsi info boleh tulis kat ruang komen ya.