Thursday 19 July 2012

Eksport / Import Haiwan Kesayangan (Guinea Pig/Marmut) ke Sabah/Sarawak (PART 2)

Assalamualaikum

PERHATIAN : PROSEDUR INI DILAKUKAN PADA TAHUN 2012, MUNGKIN TERDAPAT PERUBAHAN PADA PROSUDER UNTUK TAHUN BERIKUTNYA. SILA RUJUK JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN ATAU JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR BERDEKATAN ANDA.


Sambungan dari PART 1 eksport/import GP ke Sabah. Part 2 ni nak cerita pasal penghantaran haiwan (Guinea Pigs) ke MASkargo Animal Hotel untuk penerbangan ke Sabah. yehuuuu

Setelah semua urusan permit import, eksport, dan tempahan cargo selesai, now tibalah masa untuk penghantaran haiwan. 20 minit sebelum sampai ke MASkargo, call Animal Hotel untuk membolehkan pihak Animal Hotel fax surat pengesahan ke bahagian sekuriti untuk memudahkan urusan melepasi pintu masuk kargo nanti.

Sampai saja ke kawasan LCCT (MASkargo bukan kat KLIA, tapi berada di kawasan LCCT) terus belok ke kiri pada lampu trafik pertama untuk mengambil pass harian ke MASkargo. Pass ni penting untuk kita keluar masuk kawasan kargo. Kalau takda, tak boleh masuk.


Boleh parking kat tepi, tapi hanya untuk 30 minit, pejabat securiti terletak di belakang kawasan Klinik Pusrawi, yang ni confirm boleh cari, just ikut sign board macam gambar kat atas. Pejabat terletak di tingkat atas. Saya hari tu terkapai-kapai mencari sebab signboard kecik..AHAHA

Bila dah sampai, cakap kat staff yang jaga kaunter, kita nak pergi Animal Hotel untuk menghantar haiwan, so staff tu akan rujuk pada surat yang pihak Animal Hotel dah fax sebelum kita sampai tadi. Untuk dapatkan pass harian tu kena tinggalkan kad pengenalan. 

Daily pass, now dah boleh keluar masuk MASkargo dengan pass ini..hihi
Dah dapat pass, bolehlah terus pergi ke pintu masuk MASKargo, kat sana security akan cek pass dan barangan yang kita bawak, kalau semuanya OK bolehlah masuk ke dalam. weee

kawasan MASkargo.. signboard animal hotel kecik je..ahhahah
Dah lepas pintu masuk MASkargo nanti ada satu check point dimana kena daftar kereta dulu. Nanti kertas merah (atau pass kereta) akan diberi untuk dijadikan pass laluan untuk check point seterusnya. Banyak betul halangan.HAHAH. Then dah lepas semua check point, jalan terus nanti akan jumpa signboard animal hotel & maintenance kecik je. HAHAH. Lepas tu sampailah ke destinasi yang dituju ! iaitu Animal Hotel. hihik

Sebelum masuk kenalah pose dulu..ahahaa
Pergi ke kaunter dan tunjukkan dokumen permit import,eksport serta SKV dan jangan lupa bawak masuk haiwan yang kita nak hantar. Staff animal hotel akan bawak cage tu ke belakang untuk di timbang. Perhatian, untuk ke Sabah kadar charge yang akan dikenakan adalah RM8.45 / kg. Lagi berat haiwan, lagi mahal bayaran. charge yang lain seperti terminal charge, airway bill, fuel charge dan lain-lain ( tak ingat..haha). Dalam resit ada tulis amount bayaran.

*Update : Rate mungkin berubah mengikut waktu + dengan kos GST lagi 



PERHATIAN. Crate/cage seperti di atas (yang raga tu) tidak boleh digunakan, kalau tak, kargo akan reject dan kena beli cage lain. Cage saya kena reject dan nak tak nak kena pergi cari pet carrier, nasib baik staff Animal Hotel baik hati bagitahu kedai berdekatan yang menjual carrier. Ada kat Salak Tinggi. huwaaaa. Flight GP sepatutnya pukul 3.30pm tapi disebabkan keluar mencari carrier terpaksa tukar ke 5.45pm. Nasib baik MASkargo flexible, boleh tukar masa, tapi kena inform mereka awal.

huwaaa..mahal gila pet carrier..RM110 !!!!!!!..overbajet sebab yang ni la..grrrr
Tadaaa..dah siap pindah carrier baru..fuhhh fuhhh!!

Selepas selesai urusan di Animal Hotel, kena pergi ke bahagian kastam untuk urusan dan pembayaran cukai. Tapi malangnya, memandangkan hari itu adalah hari ahad, pejabat kastam tutup (kastam weekdays office hour sahaja). So kena guna ejen untuk pastikan borang shipment kita dapat kelulusan kastam dan bercop. Ejen tu kira macam shortcut, so saya tak payah pergi ke pejabat kastam (walaupun hari tu weekend kastam memang tak buka).. huwaa. Saya pun tak tahu kastam tak buka weekend..humm. Ejen tu kena bayar tapi saya tak nak bagitahu berapa.. HAHAH. overbajet lagi =.=" .

tadaaa. ready to fly.!!
Jadi pada siapa nak menghantar haiwan ke MASkargo, makesure hantar weekdays dan office hour (sebelum pukul 5 pm) kalau tak mahu jadi macam saya. over budget..grrr. Bila semua dah selesai, segala dokumen akan di compile. Resit, salinan dokumen serta permit eksport akan diberi kepada kita dan juga penerima di Sabah. Dan nanti staff animal hotel akan beri kita dokumen untuk kita tandatangan regarding penghantaran live animal ini.

tadaa..dokumen yang diletak dalam sampul untuk penerima di Sabah. 
Setelah selesai urusan dokumen dan pembayaran, so boleh tunggu haiwan kita di angkut ke kargo atau boleh terus balik. 45 minit sebelum flight, GP pun di angkut ke Kargo. Huwaa..goodbye GP. Selesai penghantaran. fuh lega walaupun over budget.

bye2 GP.hehe

Kereta yang digunakan untuk menghatar haiwan ke Kargo
Dan settle semuanya. Lepas tu boleh balik. penghantaran ke Sabah akan mengambil masa 2 jam 30 minit untuk sampai. Setibanya di Kota Kinabalu International Airport (KKIA), penerima akan bertanggungjawab menjemput haiwan, maklumkan kepada bahagian kargo dan penerima akan memaklumkan kepada JPHPT untuk inspection. Kat sana bayaran akan dikenakan iaitu RM2 / ekor untuk inspection dan RM15 kargo. Fuhh..ingatkan dah settle bayar..rupanya ada lagi kat Sabah. Haha. Dan GP tak perlu di kuarantin sebab kat sana tak ada tempat kuarantin dan boleh bawak balik rumah terus selepas segala urusan selesai. TAMAT

oh ya lupa, sebelum balik jangan lupa pulangkan semula pass harian ke pejabat sekuriti tadi dan mengambil kad pengenalan, then boleh balik. weee

Jumlah bayaran di Animal Hotel untuk 11 kg dan 2 cage. Yang ini tak termasuk bayaran kastam.

Urusan akan jadi mudah kalau kita rancang dari awal, so pada siapa yang nak buat penghantaran haiwan menggunakan MASkargo, goodluck dan jangan over budget macam saya. Hahah. Ikut kriteria carrier dan kalau boleh hantar weekdays office hour. Bagi saya penghantaran murah tapi disebabkan carrier dan ejen, kos saya terlebih pula. huhu

-.-"

lalala. snap gambar dalam Animal hotel, uiyoo..kat rumah pun tak macam ini.haha

Sementara tunggu GP di hantar, staff animal hotel bawak jejalan sekitar kawasan. ni kucing punya boarding house

hai..kami tak sabar naik flight..ahahah

yang ni kucing dari Manila nak ke Paris. Transit kat Malaysia dulu kot..miaww miaww..comel je

Thanks for your reading !
saya sangat busy =.="


Monday 16 July 2012

Eksport / Import Haiwan Kesayangan (Guinea Pig/Marmut) ke Sabah/Sarawak (PART 1)

Assalamualaikum

PERHATIAN : PROSEDUR INI DILAKUKAN PADA TAHUN 2012, MUNGKIN TERDAPAT PERUBAHAN PADA PROSUDER UNTUK TAHUN BERIKUTNYA. SILA RUJUK JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN ATAU JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR BERDEKATAN ANDA.
Hai. we are ready to fly..HAHAHHA

Lama gila tak update. Sangat busy walaupun tengah cuti semester. Entri ini saya nak update pasal bagaimana kita nak eksport/import haiwan kesayangan kita ke Sabah/Sarawak. Pada 15 Julai lepas, saya telah eksport GP ke Sabah. Kawan saya punya GP sebab dia dah habis belajar, so dia nak bawak balik GP ke Sabah. Owner dia dah balik, tapi GP tinggal kat sini. 

Sebelum tu Import bermaksud membawa masuk barang/haiwan ke negeri tersebut (Sabah) manakala Eksport bermaksud membawa keluar barang/haiwan dari negeri asal (KL). So, jangan confuse dengan istilah tu. hah. Now saya akan tulis secara ringkas prosedur eksport/import haiwan kesayangan kita (For Guinea Pigs).

1. Permohonan permit Import 

Untuk permohonan permit Import boleh dilakukan di tempat negeri yang kita nak hantar, contohnya Sabah. Permit Import boleh di pohon dengan mengisi secara online. Boleh rujuk dan call Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPHPT) Sabah untuk lebih details. Laman web --> www.davetsa.sabah.gov.my


Home Page davetsa. Perlu sign up terlebih dahulu untuk akses

Apa-apa masalah atau kekeliruan mengisi aplikasi online, boleh terus call JPHPT dan sambung ke bahagian unit lesen untuk pertanyaan (staff akan tolong, jangan risau..kroihh ). Kelulusan permit Import mengambil masa lebih kurang 3 hari hingga seminggu jika tiada sebarang masalah. Review > Submited > Approved. 

permohonan permit import yang telah di luluskan oleh pengarah.

Setelah permohonan online diluluskan. Pemohon hendaklah membuat pembayaran untuk mendapatkan salinan permit import yang original. Pembayaran boleh dilakukan di kaunter JPHPT Sabah. Bayaran untuk permit Import adalah sebanyak RM10. Murah kan. HAHAH..tapi procedure lama oh. Oh ya, pembayaran hanya diterima pada hari Isnin hingga Rabu sahaja sebelum jam 2.40 pm. Dan salinan permit hanya boleh diambil 3 hari selepas pembayaran. huhu
* permit import valid selama 30 hari

2. Permohonan permit Eksport.

hehe..kami nak ke JPV Cheras!!
Selepas selesai mendapatkan permit Import, now barulah boleh memohon permit Eksport. Permohonan boleh dilakukan di Jabatan perkhidmatan Veterinar (JPV) Cheras atau JPV area pemohon (yang ada servis eksport/import). Untuk memohon permit eksport, salinan permit import perlu disertakan sekali (kalau boleh minta wakil kat Sabah fax atau Email salinan Import). Isi borang permohonan permit Eksport dan GP harus dibawa sekali untuk pemeriksaan kesihatan untuk membuat Sijil Kesihatan Veterinar (SKV)

Kadar bayaran untuk haiwan Guinea Pig

SKV  RM3 / ekor  
EDagang RM7
Permit RM3 / ekor
Rawatan RM2 / ekor

Murah kan? hihi. Permit eksport hanya mengambil masa kurang dari 2 jam untuk diluluskan dan dikeluarkan. Apa yang penting haiwan dan pemit import harus ada bersama. Kalau apply pemit pada belah pagi, permit boleh dikeluarkan pada petang hari itu juga. Cepat je. Kalau apply petang, besok pagi baru boleh ambil. Diingatkan, SKV hanya valid selama 7 hari manakala permit eksport valid selama 30 hari.

Yey, dapat permit eksport. HAHA

3. Tempahan MASkargo

Now, lepas dokumen Eksport, Import dan SKV (tiga dokumen ni penting) dah selesai, barulah boleh membuat tempahan cargo melalui MASkargo, boleh contact MASkargo by phone call sahaja. nombor telefon cari sendiri lah ye, lupa dah. HAHA. Tetapi sebelum itu, pemohon haruslah mendapatkan Airway bills (AWB) daripada Animal Hotel, yang ini pun kena minta by phone call, number phone pun cari sendiri kat laman web mereka. Jangan segan silu call MASkargo dan Animal Hotel, mereka sangat membantu. hihik

Future boss Animal Hotel..WAKAKAKA..berangan.

Dah dapat  AWB, boleh terus call MASkargo untuk tempahan cargo, dan nanti boleh pilih masa dan tarikh bila kita nak eksport, dan make sure ukuran crate/cage kita dah siap-siap ukur, sebab MASkargo akan minta untuk record. Dan paling penting, sila bagi details penerima yang akan bertanggungjawab menyambut haiwan (GP) kat Sabah nanti. Ini adalah wajib. Dan tempahan pun settle. Tapi sehari sebelum tarikh eksport, pemohon hendaklah menelefon MASkargo sekali lagi untuk confirmation.

* attention : SKV hanya bertahan selama 7 hari, so haiwan harus di hantar dalam tempoh itu, kalau tak, kena buat baru. jeng3. 
* Tempahan kena buat awal, by phone call!

SELESAI part 1.
Malas taip lagi, tunggu part 2 iaitu penghantaran haiwan ke MASKargo Animal Hotel. weee
Prosedur untuk haiwan kesayangan macam kucing dan anjing pun lebih kurang je, cuma anjing kucing kena ada vaksinasi.

Baca macam senang kan? hehe. bagi saya urusan sangat mudah, yang penting kena pandai bahagi masa, dan rancang apa yang nak dibuat. Nanti semua jadi mudah macam makan kacang..kroiihhh kroihhh. Sebarang pertanyaan untuk part 1 ni bolehlah post kat wall FB Page saya. Bukan personal FB. kroihhhhh.

saya comel..ahha

Hai mister Android. heh

Newborn baby. weee

with their step father..ahhah
meri bila mau beranak ohhh..HAHAH