Thursday 18 August 2011

Hand Feeding

Assalamualaikum.

Apakah itu hand feeding ? hand feeding tu kita bagi makan pet guna tangan lah. Bukan kita bagi makan tangan kita. kah kah kah.

Entri ni agak ringkas, just nak tunjuk video hand feeding my guinea pig (GP) kemain tau english.kah3 Melalui hand feeding ni sebenarnya kita dapat mendekati diri dengan GP. Kalau dah lama-lama buat macam ni, GP tu akan cepat jinak dan kenal kita. Sesuailah bagi siapa - siapa pemilik GP yang masih baru. hehe. 

So, layankan ajelah video annoying aku yang tak berapa nak jelas ni. Ouh ya. Buat-buat tak nampak ajelah background dalam video tu. Ya aku tau tu video Suju tengah poco-poco. Masa tu tengah layan lagu Suju. kemain tau mood kpop masa tu.hihi



Dapat view tak video ni ?? sebab lagu price tag ni kena blocked kat certain site and country. Siapa duk German tu tak dapat view lah.huhu. Klik SINI kalau nak tengok tanpa muzik,ada bunyi cengkerik je. akaka

Saya LAPAR..lapar lapar.!!


huh !. mana makanan aku?? nak merajuklah. (mengada bibir ni)


Ouh yeaa..tudiaaa timun..come to me..kih kih kih

nom nom nom..i like timun !..nom nom nom

nom nom nom....nom...nommm..(makan dengan gelojoh)


nom nom nom..makan lelaju..hehe

nom nom..sikit lagi nak habis..nom nom nom

different angle pulak..photogenic si bibir ni..ehehe

ceitt..siapakah manusia di belakang itu..?..aakakaka


yeayy..dah habis..terima kasih kerana hand feeding saya..kah kah kah


sekarang masa untuk tidurrrrr...kroooh krooh!

TAMAT




Thursday 11 August 2011

Penis Kucing



Assalamualaikum


Pernah tak tengok atau ternampak kucing mengawan??.Jangan tipulah kata tak pernah, hehe. Sebelum itu, marilah kita tengok video ini. Wajib tengok untuk isi seterusnya.



Anda semua boleh nampak kan kucing betina tersebut mengerang kesakitan bila copulation berlaku. Mengapa sakit? Itu adalah kerana penis kucing jantan mempunyai duri-duri atau dalam bahasa inggerisnya dipanggil barbs seperti gambar dibawah ini. bila kawasan sensitif tertusuk duri opkoslah sakit kan? so itulah kucing betina rasa ketika copulation process. dan selang beberapa saat kucing betina yang tidak tahan sakit akan berusaha melepaskan diri seperti di dalam video atas.

Nampak kan duri-duti sekitar penis tu? hehe
Para saintis mempercayai, duri ini bertujuan merangsang kucing betina supaya process ovulation, atau melepaskan telur/ovum berlaku untuk disenyawakan dengan sperma.

Ransangan ini akan menyebabkan otak kucing betina memberi isyarat untuk perembesan hormon spesifik bertujuan untuk melepaskan ovum / ovulation.

Video atas tadi korang boleh nampak lepas kucing selesai mengawan, si betina akan berguling-gulingan . Ini dipanggil after reaction. Bebab nak bagi sperm tadi masuk ke dalam uterus lah kot tak pun gatal geli geli sebab duri tadi. hih. Untuk lagi mudah faham, tengoklah video National Geographic ni, siap tunjuk demo lagi. hehe. Oke, itu saja. Sekian


P/S : Singa dan Harimau pun sama, penis berduri. hehe


Monday 8 August 2011

Baby cavy yang comel makan apa ?


Assalamualaikum.

Hehe. Tajuk kemain lagi baby cavy yang comel. Tahu tak cavy tu apa ? cavy tu Guinea pig lah. ekeke. Hari ini just nak tunjuk video. Tetiba nak rehatkan otak kejap dari berfikir. haha.  Untuk video ni, Paris (bukan Paris Hilton) dan anak-anak tengah makan, aku (saya) letak mereka dalam laci sebab nak asingkan dengan si jantan. Masa ni, babies baru berumur 3 hari, dah boleh makan macam biasa.

So, makanan untuk baby guinea pig (GP) ni biasanya sama je macam yang dewasa, macam hay, pellet, vegetable dan fruit. Tapi pellet dengan Hay (rumput kering) kenalah dari sumber Alfalfa. Biasanya ada dua jenis Hay iaitu Alfalfa dan Timothy . Alfalfa hay sesuai untuk growing guinea pig (<6months), pregnant GP, dan Lactating GP, manakala Timothy hay (tinggi fibre) untuk yang dah dewasa (>6months). 



So, kalau GP yang masih dalam proses tumbesaran, kenalah beli pellet dan hay dari sumber alfalfa sebab rumput alfalfa ni tinggi kandungan calcium dan protien sesuai untuk pertumbuhan badan. Kalau bagi makan alfalfa hay atau pellet kat yang dewasa secara berterusan boleh menyebabkan obesiti dan lagi teruk boleh dapat penyakit batu karang (kalau overfeeding).













Okai sekian

p/s : annoying pula bila video tak jelas.


Sunday 7 August 2011

Apakah itu RODENT ?



Assalamualaikum.


Apakah itu Rodent ? Rodent sebenarnya di ambil dari perkataan Latin rodere yang bermaksud to gnaw, selapas merujuk kamus online (tak tahu maksud wakakak) to gnaw bermaksud menggerigit / kunyah atau gigit-gigit tikus lah kot. Lagi spesifik lagi, haiwan dari jenis rodent ni mempunyai sepasang gigi incisor di bahagian atas dan sepasang gigi incisor di bahagian bawah dan kedua-dua pasang gigi incisor ini sentiasa memanjang dan perlu menggerigit untuk mengasah gigi supaya sentiasa pendek, pasal tu mereka ini dikategorikan sebagai rodere atau rodent iaitu to gnaw sebab suka menggerigit.

Gigi emas yang bersinar dari haiwan famili Rodent.ekeke
So, sekarang pets apa pula yang dikategorikan sebagai rodent? hehe. Ada banyak tapi aku bagi yang common je lah. Yang biasa kita jadikan pet seperti Guinea Pig, Hamster, Prairie Dog, Tupai, Chipmunk, Gerbills dan Chinchilla. So semua pet ni dikategorikan sebagai famili Rodents. Dan Mice, Rat juga adalah rodent. 

Kami adalah Rodentia
Ada banyak lagi haiwan yang dikategorikan sebagai rodent, gambar kat atas ni haiwan yang kita selalu nampak kat petshop untuk dijual. hehe. Dan species rodent yang paling besar sekali adalah Capybara dan yang paling kecil sekali adalah Pygmy Jerboa.

Capybara ni lebih kurang besar macam kambing .haha

Dan inilah dia Pygmy Jerboa. Rodent yang paling kecil sekali
Arnab pula? Pasal ni ramai yang tersilap, akupon pernah tersalah anggap yang arnab adalah dari famili rodent, tapi sebenarnya SALAH, kita nampak kan gigi arnab ni lebih kurang macam tikus dan seangkatan dengannya, tapi silap, arnab sebenarnya ada 4 ketul gigi incisor maksudnya ada dua pasang incisor pada bahagian atas manakala haiwan rodent pula ada sepasang je. Jadi arnab bukan rodent tapi Lagomorpha

ngaaa..nampak tak?
So lepas ni jangan ejek kawan korang gigi arnab pula. salah tu. haha. Panggil diorang gigi tikus, takpun paling comel gigi hamster. hehehe.

Kekadang ada antara kita yang menyangka haiwan rodent itu adalah tikus tapi ada banyak lagi species dalam kategori rodent yang kita tak tahu. Dan ada juga yang tak tahu langsung rodent itu apa kan. hehe. 

Dan ada juga yang anggap Guinea Pig tu Hamster, tapi mereka ni cuma dari kategori yang sama iaitu rodent. Sama juga ada yang anggap Sugar Glider tu sama macam tupai, Tapi bukan, Sugar Glider adalah haiwan marsupial macam kangaroo dan koala manakala tupai pula adalah rodent. Dah-dah, banyak pula dan dan. Okai sekian.


Thursday 4 August 2011

Kucing makan Rumput

Quick Info yang tak berapa nak quick

Assalamualaikum.



Hari ini saya ada something nak kongsi, idea ni pon dapat lepas baca komen dari ENTRI semalam. Dia kata kenapa kucing dia suka gigit rumput, tak ada benda lain lagi ye nak gigit ? Itulah kucing ni gedik kan, kalau boleh semua dia nak gigit. hehe.

ehsan google

Benda ni aku rasa semua dah tahu, dan ada juga yang tak tahu kan. Info ni pon masa first time dapat tahu dulu akupun jadi jakun, so sekarang aku nak kongsi dengan siapa yang tak tahu lagi, lepas ni kita jadi jakun beramai-ramai lah ye..akaka

Kucing makan atau gigit rumput ni sebenarnya ada motip. Bukan sesaje gedik-gedik gigit rumput nak jadi kambing ! Nak tau apa MOTIPnya. motip sangat.

ehsan google

Okai, rumput sebenarnya berguna merangsang kuncing untuk muntah. Tapi muntah untuk apa ? hehe

Hairball / bebola bulu

Gila skema ayat bebola bulu. hikhik. 
Hairball ni selalu terjadi kat kucing yang berbulu panjang, bila kucing jilat bulu, kekadang bulu yang dijilat tu akan tertelan, so, terjadilah hairball dalam perut, hairball ni tak dapat dicerna oleh usus. Jadi haruslah dikeluarkan dari badan, nak keluar ikut belakang tak boleh sebab tersekat kat perut. Jadi kena keluar ikut mulut, pasal tu kucing pi gigit atau makan rumput untuk tujuan memuntahkan hairball tadi. Bijak juga kan kucing ni.kihkih

Benda asing

Makan rumput sebab nak muntahkan benda asing yang tak dapat dicerna seperti tulang, feathers/bulu burung dan apa-apa lah yang tak dapat di cerna. Mungkin kucing tertelan jam loceng ke, grrr..tak logic.. hihi.

ehsan google
Dan ada juga yang kata kucing tertarik dengan rumput sebab palatable/lazat. Pasal ni tak tahu la mitos ke apa.

Dan rumput ni ada kandungan folic acid jus yang boleh membantu dalam pembentukan haemoglobin / sel darah.(dapat mengelakkan dari anemia).

Apa-apa pun, kalau nampak kucing korang gigit rumput jangan halang pula, mesti ada yang tak kena dengan perut kucing yang mengkehendakinya untuk muntah.kihkih. Tapi kena make sure rumput tu tak ada racun rumpai dan pastikan bukan dari jenis rumput berbunga yang beracun / toxic kepada haiwan. 


Itu ajelah, entri pasal kucing makan rumput ni kalau cari kat mana-mana web lebih kurang sama je. Anjing pun ada habit yang sama. hehe. okai sekian ! Oh ya, ini teori tau. (info lapuk dah ni)



Monday 1 August 2011

Memandikan Guinea Pig (bathing the GP)

Assalamualaikum.


Selamat berpuasa. Entri hari ni agak simple (takde video) iaitu pasal memandikan Guinea Pig (GP). hehe, seperti yang kita tahu GP adalah binatang yang pembersih so, kita tak perlulah mandikan GP hari-hari atau seminggu sekali, melainkan GP korang cepat kotor kerana kandang yang kotor (hehe, ayat berbelit-belit). 

Aku (saya) ada buat research juga pasal tempoh kekerapan kita nak bagi GP ni mandi, ada yang kata 2-3 bulan sekali dan ada yang kata 4 bulan sekali. wakaka.  Tak tahu yang  mana satu betul tapi apa yang pasti, mandikan GP bila keadaan  mengkehendakinya untuk mandi macam bulu dah serabut, bergumpal-gumpal , kotor dan berminyak. haha.


Untuk GP aku yang baka Sheltie, bulu memang panjang dan cepat kotor, so aku mandikan 2 minggu sekali dan kekadang sebulan sekali ikut keadaan bulu lah. Kalau GP yang bulu pendek macam American dan abbysinian breed memang jarang nak kotor cepat. So pada bakal-bakal owner yang nak bela GP lepas ni, kalau korang malas nak mandi or groom GP, pilihlah mana satu nak, nak yang bulu lebat panjang mengerbang ke nak bulu yang pendek, ataupun nak yang takde bulu. yang takde bulu memang ada kena jual. huhu

ehsan gogle
Sebelum mandikan GP, sediakan air yang tak terlalu sejuk dan tak terlalu panas atau air suam lah senang, haha. Letak dalam besen, kuantiti air jangan sampai boleh menenggelamkan GP, kang lemas pula, hehe. Mandikan pada sebelah tengahari sebab waktu tu panas, so GP takdelah rasa sejuk sangat kan.

Bibir masuk dalam poket seluar
Untuk syampu boleh guna syampu untuk arnab ataupun GP, tapi aku guna syampu Johnson Baby je, yang kaler oren tak pedihkan mata tu. hehe. Lepas dah mandi bolehlah keringkan GP dengan hairdryer, jangan bagi panas pula hairdryer tu nanti terbakar GP. haha, Kalau GP yang bulu pendek cepat sikit nak kering, kalau bulu panjang ni ambil masa nak kering. huhu. 

bibir lepas di blow dry dengan hairdryer

Kalau korang ada banyak GP, lagi elok mandikan mereka sekali atau together-gether hehe. Sebab GP yang dah dimandikan akan kehilangan bau masing-masing, so nanti mereka ni nanti takde lah bergaduh. 


Okai, itu ajelah pasal memandikan GP, cara memandikan ada banyak kat youtube, boleh tengok cara-cara kat sana, aku tak ada video so tak dapat tunjuk.

bibir layan youtube