Saturday 20 October 2012

Oddy yang pelik.

Assalamualaikum.

comel tak? ahaha
Asyik-asyik entri pasal product review bosan pulak kan. haha. Ni nak cerita pasal Guinea Pig saya yang pelik. Pelik sebab bulu kat muka tak ada. Nak kata skinny GP bukan, nak kata keturunan bukan juga. Parentnya Sheltie/Silkie, tetiba keluar muka botak. haha. By the way, bukan lahir je dah botak terus, tapi bulu gugur hari demi hari sampailah botak sekarang ni. Oleh itu, memperkenalkan Oddy the alien yang pelik. kroihhh.

Oddy dilahirkan pada 23 september, seekor je, anak Barbie. HAHAHAHA. Cek jantina masa lahir hari tu macam betina, tapi bila dah besar sikit jantan rupanya, nanti dah matang boleh tertukar pergi betina kot.hehe. Botak sebab bukan penyakit kulit, tapi gugur without any acceptable reason. So saya assumed ini mungkin disebabkan oleh genetic disorder. KOT!

Mula-mula pelik juga dengan Oddy ni. Menyampah pun ada sebab macam Golum kat cerita Lord of the ring,  mata besar . Tapi lama-lama sayang pula, comel dan exotic. Oddy pun jinak walaupun umur baru cecah sebulan. haha. Dalam sebulan dua ni saya nak tengok bulu tumbuh lagi ke tak. Kalau tak tumbuh maknanya Oddy akan jadi permanent baldface. So bolehlah saya introduce baka GP baru. BALDFACE GUINEA PIG.. gituuuuu. Tapi saya tengok bulu kat atas eye lid Oddy macam dah tumbuh sikit-sikit. huhu.

Malas cerita panjang-panjang, jom tengok gambar Oddy from day 0 sampai yang latest ! (tak semua lah)

23 / 9 / 2012 : Oddy tak sampai pun sejam. baru lagir
26 / 9 / 2012 : bulu kat hidung dah mula gugur.ahahah

29/9/2012 : dah nampak dah botak..masa ni comel je..pasif je..tak aktif lagi

close up pula..tadaaa oddy

5 / 10 / 2012 : gugur kat kawasan mata pula..dah macam musang tengok..ahahahha
13 / 10 / 2012 : hahaha.. dah macam alien !!

14 / 10 / 2012 : tadaaaa.. Oddy yang bulat..ahahahah
16 / 10 / 2012 : dengan chinchill yang comel..ahahahahha

19 / 10 / 2012 : Oddy yang paling latest.. perasan tak bulu kt atas mata dah start tumbuh sikit2..ahaha


Video Oddy. Ada lagi video Oddy boleh usha kat Page FB tepi ni and scroll down cari video oddy.weee

Tata !

Wednesday 17 October 2012

Product Review : Wagg, Carrot Stick.

Assalamualaikum.

Oddy, tak pasal2 jadi model treats..ahaha


Ishh, membazir betulah. Hari tu beli makanan (Guinea Pig) GP yang nama Wagg, GP tak makan pun. Lepas tu beli pula Wagg tapi untuk treats iaitu Wagg Carrot Stick. Tapi malangnya, ini pun GP tak nak makan. Pelik betul brand makanan Wagg ni. HAHA. Ada je yang tak kena, aihh, tak nak dah beli pet food dari Wagg ini. huhu


Harga RM12.50 untuk 100 gram. Plastik kecil je macam cikedis. Beli dengan harapan bolehlah dijadikan treats untuk GP. Tapi dalam mimpi je lah, GP tak nak gigit pun, bau pun tak. hahah. Bazir duit je beli. huhu Kat paket tulis treats ni untuk small animals seperti rabbits, guinea pigs, hamsters and gerbils. Dan composition boleh tengok kat gambar bawah. Rasanya kalau try kat hamster gigit kot. GP je yang mengada-ngada. Saya beli minggu lepas, dah  banyak kali try introduce kat GP, tapi semua reject. Oleh itu I personally reject treats ini..ciskek!(sesuka hati je.haha)


ooops..tak jelas pula..haha.kandungan dia bolehlah..ada sikit nutritive value untuk small animal.
Bila buka plastik, bau macam mee maggie , hahah, sebiji bau sama. mungkin di bakar dalam oven kot. Makanan ketul besar, keras pula, memang sesuai untuk gigi rodent, boleh asah gigi. Kadang-kadang teringin nak gigit, nak tahu macamana rasanya, tapi geli pula..ahahahah

tadaa. bau macam mee maggie!!!
Rugi sangat beli treats ni, sudahlah mahal, GP pun tak pandang kalau hari tu beli benda lain mesti bahagia je. hmmm, siapa-siapa yang nak cuba, belilah, tengok kalau GP makan ke tak, kalau tak makan memang benda ni bukan taste GP.hahah. OK habis, kecewa. ahahha

cincil tengok je. hahah..tak ada nafsu nak gigit sekalipun

Tengok..hidu-hidu skit....
lepas tu berpaling muka. ciss. Waggs product really disappointing me. kroihhh


Sunday 7 October 2012

Product Review : Wagg, Guinea Pig Crunch


Assalamualaikum,

Oreo dan Meri jadi model kejap. hahah
Hari tu pergi Pet Lover Centre ternampak satu bag makanan Guinea Pig (GP) yang baru,brand baru masuk kat petshop tu, so, saya pun tengok-tengok dulu, baca apa yang patut then tak beli pun. wakakakaka. Sebab pergi petshop tu sebenarnya nak beli benda lain. Seminggu lepas tu baru tergerak nak mencuba makanan GP tu, tu pun lepas usha kat youtube pasal produk tu. Makanan GP itu adalah Wagg, Guinea Pig crunch, healthy from nose to tail katanya, bila masa entah GP ada ekor. haha

oreo yang comel. weeeeeeeeeeeee
Harga bolehlah consider as murah dan affordable, RM29.00 (tanpa diskaun) untuk 2 kg. Banyak tu 2 kg. AHAHA. Packaging pun comel je dari kertas. hahah. Wagg ni brand dari UK, sama macam brand burgess excell. Bagi saya, saya trust dengan pets product dari UK ini, sebabnya. Kat UK kesedaran animal welfare dia sangat tinggi, kira macam kebajikan haiwan kat sana sangat dititik beratkan sampai ke makanan. huahau.

hehe. packaging dari kertas je..ahahah
Macam biasa dalam pellet ada vitamin C added dan bla bla bla. Bila buka bag pellet, terkejut tengok makanannya. hahhaha, banyak flakes oh dari pellet. ciss. ada grains sikit. huhu. Macam-macam bentuk makanan ada di dalamnya. Tak elok juga sebenarnya sebab nanti GP jadi memilih, makan yang mana suka je, yang lain tinggal macam tu, dah membazir makanan. hahaha.

uiyooo..meriahnya makanan..ciss..tak semua pun GP makan. yang colorfull tu keropok apa entah..ahahha
Bau makanan pun tak kuat, sebab tiada kandungan molasses di dalamnya, bau tawar je. ehh, owner pulak yang over. Haha . Sekarang saya campur makanan tu dengan pellet GP yang lain. huhu. Yang tak bestnya, Isi mangkuk penuh esoknya tak habis pun, banyak lagi left over, terutama flakes, pasal tu tak best bila makanan pelbagai sangat, GP pun jadi memilih. huhu. Oleh sebab itu secara peribadinya saya bagi 2* over 5*. hahah..sesuka hati je.

tengok tu. tak habis pun..ciss..membazir!!
Kandungan dan benefit boleh tengok kat gambar bawah. Makanan keras, so sesuailah untuk kawal pertumbuhan gigi GP . Nama pun crunchy food .hehe. Sekarang GP tak ramai so bolehlah beli makanan yang elok sikit. weee. Kesimpulannya, bagi saya eloklah letak dua bowl dalam cage, satu bowl isi makanan ni, satu bowl lagi isi pellet GP. hahah. tak pun campur kedua-duanya sekali. aiyoyoyo..wagg. GP saya tak suka, especially flakes-flakes itu.. banyak pula tu..grrr

boleh baca sendiri..heheh

benefit. hihi
Ok tu je, selamat membeli belah untuk GP
Bye, busy buat thesis.
Final semester after almost 7 years in animal study. Sedih

padahal busy tidur je..ahahah..focus2




Tuesday 11 September 2012

Product Review : Beh Yo Show Rabbit Feed & Mineral Stone



auuu..comelnya kotak..ahaha
Hari tu usha barang kat petshop terjumpa satu pellet ni, packaging dia sangat comel (ok, terpengaruh dengan packaging haha) . Tulis kat kotak "Beh & Yo Show Rabbit Feed", pellet ini  untuk rabbit , tapi lepas baca ingredient dan benefit, saya dengan suka hatinya yakin pellet ni boleh digunakan sebagai makanan GP, tiada antibiotik atau bahan makanan yang boleh memudaratkan GP, tambahan pellet ini ada ascorbic acid (Vitamin C) tapi tak dinyatakan berapa mg kandungan. Jadi saya pun beli untuk try, harga RM26.90 untuk 1.2 kg. Mahal kot, tapi banyak benefit untuk GP. (padahal beli sebab packaging comel . HAHA)

lagi kotak yang comal -_-".. RM27 ..murah ke mahal kroihh
Pellet ini adalah dari alfalfa based, dalamnya ada banyak kandungan bahan makanan yang baik  dalam sistem pencernaan arnab dan juga GP seperti yeast culture dan juga papaya (boleh baca kat gambar bawah) . Ingredient macam ni kita jarang nampak kat pellet GP. Ini adalah extruded rabbit feed, extruded feed untuk meningkatkan digestibilty makanan.

klik untuk tumbesaran
boleh baca sendiri .hehe
Pellet ni untuk kecantikan kot, terutama rabbit show, bila sistem dalaman cantik dan sihat, so luaran pun akan nampak cantik dan sihat, tak gitu?.haha. Saya bagi pellet ni kat GP saya dengan harapan GP akan jadi cantik, comel dan gebu . kroihh kroihh. Saya utamakan Chinchill sebab dia sekarang underweight. HUHU

cawan tu tak disediakan. tu cawan beras.ahahha
Kat dalam kotak ada dua bungkus pellet, 500g sebungkus kot, bau pellet kuat sebab ada kandungan molasses di dalamnya untuk meningkatkan selera makan haiwan. Bila saya tuang atas mangkuk, GP berebut-rebut makan, maybe sebab bau kuat atau GP kelaparan ? ahhaha.

hoo..rupa makanan. bulat-bulat comel..ahaha
Bentuk makanan bulat dan kecil, bila GP makan tak jatuh. Sekali kunyah je. Kat kotak ada tulis sukatan yang patut diberikan untuk setiap peringkat umur. Tapi saya tak ikut, sebab tak reti timbang ikut ouncess, ntah pape. Lagipun ni pellet arnab so jumlah requirement arnab dan GP lain-lain. haha, suka hati aku je letak banyak mana. Yang penting GP makan. Lagipun saya campur dengan pellet GP lain. 

oreo dipaksa posing.haha

First kali try GP suka, berbaloi juga beli, dah lah kotak comel, GP pula suka. haha. So saya nak tengok berapa lama boleh tahan dan apa kebaikkan untuk GP saya, harap-haraplah bulu jadi cantik ke apa. haha. nanti saya update kat entri (insyaAllah). Saja try sebab nampak menarik, ni kalau omputih nampak kompem kena sound, rabbit feed is only for rabbit gitu katanya. HAHA. Saya belajar pasal nutrisi haiwan so saya tahu apa makanan yang baik untuk my GP. gitu ~

Strawberry mineral stone
Selain pellet, saya juga sempat terbeli mineral stone (terbeli ok). Huahua. Burp! Mineral Chew namanya. Actually saya tak suka bagi mineral stone,  GP tak nak gigit pun, sebab dah pernah try bagi masa mula-mula bela GP. Tapi  lepas Paris mati akibat overgrown tooth,  saya jadi aware dan beli mineral stone ni dengan harapan GP dapat asah gigi. HUHU

hai strawberry
Harga RM5.25 selepas 30% diskaun. Bentuk strawberry, tapi tak rasa strawberry pun. HAHA. Content boleh tengok kat gambar bawah. Dan yang tak eloknya ada artificial colors. huhu. Produk ni dikeluarkan oleh PLC sendiri.

contents


Dulu mineral stone yang saya beli tak ada penyangkut, nak letak mana pun tak tahu, saya letak kat lantai kena pijak pula, tapi mineral stone PLC ni direka dengan penyangkut sekali, so senang sangkut kat mana-mana. Tips nya, sangkut kat tempat kegemaran GP dan tempat yang selalu GP pergi. Kalau saya, saya sangkut tepi botol minuman, bila GP minum, boleh gigit mineral stone ni (itupun kalau digigitlah . ahah)
Tapi kalau tak gigit tak apalah, boleh jadi perhiasan gantung kat cage. HAHA

hai oreo
Tata, thanks for reading


Friday 31 August 2012

Video Guinea Pig / Marmut melahirkan anak

Assalamualaikum.

Saja buat tajuk macam tu, kot-kot ada yang mencari video GP lahirkan anak? Blossom telahpun melahirkan anak buat kali ketiga rasanya, saya pun dah lupa, dan Blossom ni saya akan tinggalkan kat rumah untuk dijaga oleh family. Mudah-mudahan panjang umurnya. Jom tengok video , mungkin ada yang tak pernah tengok anak GP yang baru dilahirkan. weee

30/August/2012
1.30pm


Tata, thanks for reading

Gambar sebelum beranak

Dah beranak seekor

Hai, pertama kali melihat dunia

yeay reward after give birth


Tuesday 28 August 2012

Product Review : Pro Vita C Guinea Pig


Assalamualaikum.

ProVita C Guinea Pig by chubbypetsgarden
Saya dah lama menggunakan vitamin C powder untuk Guinea Pig (GP) saya . Sebab kadang-kadang saya risau vitamin C yang terkandung dalam pellet teroksida (simpan lama) dan akhirnya GP tak dapat apa-apa. Sayur-sayuraan yang tinggi vitamin C pula sangat mahal kalau beli hari-hari untuk GP yang banyak =.=". So dari situ saya mengambil inisiatif untuk membeli Pro Vita C Guinea Pig powder untuk vitamin C tambahan GP saya supaya kekal sihat.

Powder form
ProVita C ini saya beli di Pet Lover Center dengaan harga RM21 untuk 1 oz / 30 gram. Dalam bentuk serbuk. Macam garam. haha. Senang digunakan iaitu dengan hanya menabur di atas makanan GP kita. Partikel serbuk juga halus dan senang melekat pada makanan. 

Tebuk lubang kat penutup dalam. senang nak guna just shake atas makanan.
Cuma apa yang kurang untuk produk ini ialah cara penggunaannya. Macamana kita nak guna, tak kan nak tabur directly dari botol ke dalam makanan, takut terlebih pula, membazir. ahah. Then kalau nak cubit pun jari besar sangat nak masuk dalam botol. Jadi, saya ambil inisiatif dengan menebuk lubang pada penutup botol di bahagian dalam. senang digunakan dengan hanya shake ke atas makanan. alaa lebih kurang macam kita tabur cheese kat pizza hut . haha

Tabur atas timun, senang GP consume vitamin C lebih2 atas makanan yang dia suka
Ramai yang tanya saya bagaimana nak guna, kat botol produk ini cuma tulis "sprikle a pinch of Provita C on a clean bowl or food bowl ..." ahaha. Kalau cara saya, saya hanya tabur serbuk vit. C ini atas mangkuk makanan yang berisi sayuran seperti lobak dan timun. Kerana, bila kita tabur atas sayuran ini, serbuk vitamin senang melekat berbanding dengan sayuran berdaun. 

Nampak tak, serbuk tu tak melekat pada pellet bila saya goncang.
Dan saya tak recommend anda untuk menabur serbuk vitamin ini di atas pellet kerana hanya membazir dan GP kita tak dapat apa-apa pun sebab serbuk tidak melekat pada makanan. 

Not recommended.
Dan jangan larutkan serbuk ini dalam botol air minumam GP, tidak digalakkan walaupun vitamin c water soluble. sebab ?  "Vitamin C is degraded quickly in light, heat, and moisture. Most water bottles are clear so they let in light. It is estimated that after about 8 hours, the amount of active vitamin C in the water is only 20% of the original amount added. For these reasons, adding vitamin C to guinea pig's drinking water is not recommended" [source

Blossom


Kesimpulannya, produk ini OK, dapat tahan lama, sudah berbulan-bulan saya guna dan belum habis lagi, senang digunakan tetapi harga tidak berpatutan. haha. Kalau tak jumpa produk ini ditempat anda bolehlah beli secara online di ChubbyPetsGarden .

Tata, thanks for reading
Busy buat thesis