Sunday, 26 February 2012

Kandang Bajet untuk Guinea Pig anda! ( C&C)

Assalamualaikum.


HEHE. Siapa-siapa yang ada Guinea pig (GP) , tahu tak kandang yang dibeli di petshop sangat mahal?..wakakak..bukan sahaja mahal tapi ruang pun kecil. Macam-macam jenis kandang yang dijual, wire cage, plastic based floor dan bla bla bla. Kebanyakkan kandang jenis ini hanya cukup memuatkan sekor ke 2 ekor GP sahaja.

Kandang GP untuk dijual !!!!!
Yang ni cage lama. LELONG FOR RM50. huahua. PM aje kalau berminat, area  Serdang, Seri  Kembangan dan UPM di utamakan. 

Oleh itu untuk entri ini, saya nak perkenalkan kepada uols kandang save bajet yang luas lagi santek ini. Hehe. Save bajet itu dah jadi tagline blog ini, semua nak yang bajet-bajet kerana sengkek duit tak ada . HAHAHA. 


Tahu tak apa itu C&C cages. C&C stand for cube and coroplast. Cara buat sangat simple dan mudah. Oleh itu marilah tengok video saya dibawah ini. Sorry video panjang sikit dan ada volume yang tak kuat. Lariiiikkkkkkkkkkksss.



Dalam video tu saya kata saya guna 6 cubes sebab cubes itu untuk cage bahagian bawah, itu pon dah cukup luas. Cage atas pula cuma guna 4 cubes, so total semua ialah 10 cubes. HAHA. Coroplast pula bergantunglah kepada kandang uols besar mana. hihik!

Setelah seminggu lebih guna Charcoal Pad tu, memang sangat ketara keberkesanannya, bau semakin kurang ( ke sebab hidung dah imun? HAHA) . Tapi arang memang digunakan untuk eliminate bau, boleh buat sendiri ambil arang then letak dalam stokin, lepas tu gantung. HAHA. Yang saya punya tu saya beli, cek previous entri. Nampak tak daun pandan yang saya letak tepi cage, HAHA, itu untuk halau lipas (walaupun sebenarnya bilik tak ada lipas, ekeke) dan bagi GP saya makan. Benda-benda macam ini saya selalu update kat page FB saya. HEHE

Ini adalah Bibir yang somel, my first GP.

yuhuuuuuuu!!

Kandang C&C ini depends kepada individu itu sendiri. Macam saya, saya lebih suka C&C sebab dapat jimat kos. Kita tak payah beli bedding banyak kali, senang nak bersih, cuma sapu taik dan cuci fleece saja, Selain itu kandang c&c juga luas, selesa, dan kita boleh design sendiri kandang macam mana kita nak.

Keburukkannya pula adalah, cepat kotor, kalau GP bukan yang litter trained nanti kencing merata-rata, kalau berak merata tak apa, sebab boleh sapu, dan tak sesuai untuk mereka yang malas, sebab time consuming untuk cuci fleece dan sapu taik.

Guna wire cage pon OK juga, saya pun suka guna, tapi costly dan kebanyakkan yang dijual pun kecil, nanti GP tak boleh lari-lari bebas, yang besar pula mahal. HUAHUA. Terpulanglah, ikut citarasa dan kemampuan masing-masing. tata! Habis daaaa


itu adalah daun pandan.HAHA. untuk halau lipas dan juga untuk GP makan.kihkih. INI  CAGE LAMA

ehem2. curi-curi makan yerr

HAH..kan dah kantoi!


Pintu.WAKAKA

TADAAA..jemput masuk

Tingkat atas. 

Cage baru ni lagi besar dari yang lama. Tengok tu tak cukup.

Dalam proses

Kosong lagi..HAHHA

Abaikan tangga tu..ini untuk display sahaja..HAHAHA

HAHA. last2 yang kat atas xguna sebab belum buat tangga.HEHE

Darwin G-Force

G-Force!!!!!
Darwin G-Force



Monday, 20 February 2012

Shoping untuk Pet (shopinglah sangat)

Assalamualaikum !


Lama tak update ohh. Hehe. Sekarang dah start semester baru, cuti hari tu busy berjalan, sekarang pun busy sebab kuliah dah bermula. Jadi marilah kita mem-busy-kan diri. wakakaka.


Hari tu berjalan sakan cari barang-barang pets Guinea Pig (GP) untuk upgrade C&C cage saya jadi dua tingkat, tapi apakan daya, saya pergi cari kat Daiso The Mines, cubes yang ada cuma tinggal cubes yang kecil, yang kecil tak best, nanti costly, jadi tak nak pulang tangan kosong saya beli deodorizer charcoal pad.

Tahu tak apa itu? haha. saya pun tak tahu, tapi fungsinya adalah untuk mengurangkan dan menyingkirkan bau busuk. HAHA. Yer lah, saya bela pets kat bilik mestilah bau naik kan, kalau guna pewangi pun bau ammonia tu still juga naik. So, saya gunakan charcoal pad ini dengan harapan bau ammonia tadi berkurang lah, Alhamdulillah, selepas beberapa hari guna, bau memang kurang dari yang sebelum ni, keberkesanan tu boleh nampaklah. 


Banyak pilihan, yang pertama dalam bentuk Pad, yang kedua macam kayu kot, yang ketiga dalam bentuk gel, tapi saya beli yang pad sebab lagi convenient. Boleh lekat merata-rata. HAH

Charcoal pad yang bulat2 kaler hitam lekat kat dinding buruk saya itu..ahahaha
Haha, tapi kan charcoal yang jenis pad ni lagi sesuai diletak dalam rak kasut dan juga almari, iaitu tempat yang kecil lah. Kalau untuk bilik sesuai guna yang dalam bentuk kayu tu.huhu.

Lepas tak jumpa cubes / grid kat The mines, esoknya pula saya pergi ke Daiso One Utama, cari-cari Daiso kat sana tak jumpa pula cubes tu, tak tahulah dorang tak jual atau memang dah habis stock atau saya yang terlepas pandang, adoi. ciskek betul. Jauh kot nak pergi OU, wakakakka. Nasib baik bawa voucher 1Malaysia, terus shoping buku-bukuan untuk buka semester ni. huhu. By the way, saya shoping buku kat POPULAR, haha, coroplast pun ada kat sana untuk buat C&C cage, tapi saya tak beli sebab nanti malu nak bawak besar sangat. MUEHEHE. 


Beli ni je dah RM100, nasib baik guna voucher. HAHA. banyak beli notebook dan stationary, yang tikus 2 ekor tu bukan,  sibuk nak juga enterprem.AHHA

Dan lastly, esoknya pergi pula Daiso Sg.Wang, akhirnya dapat juga beli cubes/grid, ada tiga jenis size cubes yang available, ada yang besar, ada yang sederhana dan kecil, saya beli yang sederhana sebab nak samakan dengan cubes yang sedia ada. Lega hati dapat beli lepas pergi merata-rata cari cubes yang available.HUAHAU. 

Saya guna size yang ini, save cost kot daripada beli yang kecil sebab nanti nak kena beli banyak pula. RM5 each

Dan saya juga sempat beli Pet Comb kat Daiso tu, RM5. Kalau beli kat petshop mahal sangat, padahal fungsi sama je. Pet comb ni besar, rasanya untuk anjing dan kucing tapi boleh juga guna kat GP, kita tak payah skema sangat beli comb, comb atau brush untuk pet semua sama, yang penting tak tajam dan tak bahayakan kulit pets kita. uwek. Pet comb yang saya beli ni ada dua side, satu brush side, satu lagi pin side. Brush dia keras sikit tapi bolehlah guna untuk remove bulu gugur. HAHA!

Inilah pet comb itu, bolehlah. murah pula tu.HAHA
Okai, itu sahaja, wakakak, dapat juga cari cubes untuk upgrade C&C cage saya. Next entri nanti saya post video macamana saya buat C&C cage. Tapi tak sure bila nak update, tunggu masa free. HAHA. Tata


Haha. meeting

Fleece yang saya guna untuk c&c cage. Penat basuh guna tangan

Shoping vegies + treat for GP

Ini GP kawan saya, tengah pregnant dan sekarang dah terberanak. wakakakka

Menyorok makan daun pisang

Busy study tuuuuuu

Study2..wakakak

adik-beradik ni tengah main rebut2 daun pisang.HAHA

Kapas2.ahaha

Nyum-nyum

Huwaaa..macam kat penjara, tengah bersih tray + floor mat cage. hehe