Tuesday, 8 August 2017

Supplement murah mampu milik untuk kucing

Good Day !


Post kali ni nak cerita sikit pasal supplement yang saya guna untuk kucing. Sebagai owner kita dah tentu nak yang terbaik untuk kucing kan? so disini saya senaraikan supplement yang mampu milik dan murah untuk kegunaan kucing. Yang murah tak semestinya tak elok dan yang mahal tak semestinya elok. Semua bergantung pada kita untuk memilih. By the way, harga setiap supplement di bawah ni tertakluk pada perubahan semasa dan saya tak jual ye. hehe




1. Nutri-Plus Gel (RM33)
Yang ni supplement high energy, sesuai untuk kucing yang aktif, pregnant dan tengah menyusukan anak.  Kucing aktif perlukan tenaga yang banyak sama juga dengan yang tengah menyusukan anak, penghasilan susu perlukan tenaga yang tinggi, kalau tak nanti habis kurus kering mak kucing sebab lemak lemak badan akan ditukar kepada bentuk tenaga untuk digunakan dalam penghasilan susu. dalam kes saya, saya guna ni untuk kucing yang tengah pregnant supaya anak dalam perut dapat nutrient secukupnya. Sesuai juga digunakan pada anak kucing yang tengah aktif membesar kerana mereka juga perlukan tenaga yang banyak.

2. Terramycin gel (RM9)
Gel ni untuk kucing yang sakit mata and kena bacterial infection. Kalau taik mata kucing banyak dan warna kehijauan, itu petanda mata dijangkiti bacteria. Gel ni sangat berkesan against bacteria tadi. Sapu sekitar mata, dalam 3 hari camtu mata dah elok dan tak bertaik lagi. Ada dua jenis, eye drop dan gel. Saya guna gel. btw, terramycin ni ada jual kat mana mana farmasi. Cara guna gel ni cuma sapu pada kelopak mata kucing, tutup mata kucing dan gosok biar gel tadi spread around the eyes.

3. D.R Tone (RM35)
Ni supplement. Baru je bagi kucing consume. Beli sebab tonik ni elok untuk tambah darah and seller duk cakap elok untuk merangsang kucing betina miang atau onheat. Saya bagi pada Aira dan Elsa sebab dua ekor ni belum datang miang lagi even dah tua and its work. Tak tahulah kebetulan atau sebab scientific proven tapi bila tengok ingredient tonik ni, ada folic acid, folic acid selalunya related to pregnancy. Dan supplement ni juga elok untuk tambah darah (terutama untuk kucing yang anemia) dan kalau ikutkan scientific reasons, bila sel darah merah meningkat, keupayaan untuk mengangkut oksigen dalam badan ke organ-organ turut meningkat dan menyebabkan organ dalam badan berfungsi dengan baik, hormon senang diangkut dan pada masa sama trigger pituitary gland untuk membebaskan hormon (FSH) dan seterusnya merembeskan hormon estrogen dan kucing pun akan jadi miang untuk mengawan. wahh

4. Haemo maxx (RM30)
multivitamin, lebih kurang sama dengan nutri-plus gel. Saya guna untuk mak kucing lepas bersalin untuk increase milk production (energy) dan menambah sel darah merah (iron) sebab lepas beranak mak kucing ni banyak kehilangan darah.

5. Immuplus (RM17)
Supplement yang dibuat dari herba herba untuk tingkatkan imun sistem kucing. Guna untuk kucing yang sakit dan anak kucing.

6. Bronsyp syrup (RM11)
Ubat untuk sistem pernafasan kucing. Sesuai untuk masalah batuk dan flu pada kucing. Tapi kucing saya tak suka sebab bau macam ubat batuk. haha

7. Wormnil (RM10)
Yang ni ubat cacing dalam bentuk cecair, saya guna untuk kitten je. Ubat ni bunuh cacing kecuali tapeworm. kalau yang adult saya guna tablet drontal sebab against semua jenis cacing.

8. Troy Ear Canker (RM20+)
ubat untuk bunuh earmite. selalu guna lepas bersihkan telinga kucing yang ada earmite. kena rajin drop untuk bunuh earmite.

9. Surolan (RM30+)
yang ni pun untuk earmite, tapi yang ni more to antibiotic untuk telinga kucing yang dah bernanah and ada bacterial infection. Jarang guna sebab susah nak titik. hehe. 







Wednesday, 2 August 2017

Cara ajar anak kucing yang degil makan kibble


Anak kucing ni kekadang taknak makan kibble. wetfood juga jadi pilihan. tapi nak taknak kena juga bagi kibble supaya nutrisi cukup sepanjang tempoh pembesaran. As we all know, kibble atau makanan kering kucing ni dah well formulated dengan nutrient yang diperlukan oleh badan kucing, jadinya wetfood saje tak cukup .

Btw, saya guna kibble brit premium for kitten (38% protien). my kittens suka tapi makan sikit sebab keras. Korang boleh guna any kibble yang elok untuk kitten. Kalau boleh avoid kibble yang colorfull. Wetfood pula boleh guna any wetfood brand yang kurang jelly lah kalau boleh. Saya start bagi macam ni bila anak kucing dah umur sebulan ke atas, kira untuk pre-weaning (cerai susu) lah.

Boleh tengok video bawah ini dan hasilnya anak kucing akan jadi gemuk. hehe. jangan lupa suap susu juga (susu kambing ok).Dan letak juga kibble, nanti anak kucing akan slowly makan kibble bila lapar. hehe

Boleh visit my cat's facebook page di SINI

video