Sunday 17 June 2012

Perhiasan kandang Marmut / Guinea pigs DIY. HAHA

Assalamualaikum

Hai nama saya Mr.Owl..muka saya garang..haha
Bila tengok kandang guinea pig (GP) saya rasa macam kurang enrichment pula, kosong saja, mesti GP pun bosan duduk dalam tu, saya tengok sendiri pun bosan. haha. So saya terfikir untuk letak patung sebagai hiasan, mainan pun boleh, owner dia dah tua tak boleh main toy. HUHU. dan kebetulan  pula terfikir nak buat sendiri lepas tengok kawan kat FB buat patung dari felt. HEHE. Saya pun terus keluar beli barang-barang kat kedai favourite, Daiso =.=" .huahua.

Saya beli yang dah ready dalam paket untuk dummy, sebab percubaan pertama saya buat benda alah ini,  Dalam paket tu ada benang, kapas, felt dengan rantai keychain. Bila tengok ayam bosan pula , so saya modified jadi burung hantu. Lepas tu beli wiggle eye dan loceng untuk accessory tambahan. Semuanya RM5. Loceng ofcoz lah untuk stimulate GP bermain.hehe. 

wiggle eyes, loceng, jarum dan set felt craft for dummy..HAHA

Yang ni set kat dalam, ayam tapi malas nak buat, so tukar jadi owl. Dalam set dummy tu ada kapas, benang, felt, dan kertas guideline. 


Mula-mula, buat segi tiga macam ini, then jahit kat tepi, saya tak pandai menjahit. heheh


Settle jahit, lipat bucu macam kat gambar then jahit pula kat hujung bucu .


Jahit dan ikat rantai keychain, rantai tu memang dah ada dalam set dummy, so guna je lah.HAHA



Dah jadi macam ini, gunting felt kuning macam dalam gambar then gam , saya guna UHU, kuat sikit. HEHE


Gam pula wiggle eye macam dalam gambar.


Gunting felt (pink) macam dalam gambar then gam, untuk kepak saya jahit kat tepi, yang paruh dan bahagian perut saya gam je, malas jahit. haha


Dah siap gam apa yang patut, masukkan kapas ke dalam, dan jahit macam dalam gambar ni, tarik benang jadilah macam itu.


Ambil felt kuning lagi then gunting bentuk bulatan dan jahit loceng. 


Tutup lubang tadi untuk halang kapas daripada keluar, hehe, saya guna gam saja. Then siap!!
......

....



TADAAAA..hasilnya. Dah siap, bolehlah gantung dalam cage, GP tak akan gigit felt ni, jadi pehiasan je. HAHA


 Saya gantung dekat dengan botol air, nanti GP nak minum boleh beramah mesra dengan mr.Owl..HAHHA

perghhh..muka garang ..ahahah
kat kandang meri and chinchill


So, itu je, saya tak pandai menjahit tapi bila buat senang gila macam makan oreo. akakaka. Nanti nak borong felt banyak-banyak dan buat lagi banyak patung..nak gantung dalam cage. DIY saja. kroihh kroihhh, TATA!



Saturday 2 June 2012

Saya nak bela Guinea pigs/Marmut. Apa persediaannya?

Assalamualaikum.

Haii !.wakaka
Hehe, lama tak menulis. Entri ini khas untuk newbies yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia Guinea pigs (GP). Penjagaan GP sangat mudah, apa yang penting adalah makan, minum, ruang dan juga kebersihan. Jom baca ni. hehe

Cage apa sesuai?
untuk cage ada macam-macam jenis, tapi secara personal, untuk newbie saya recommend kan guna wire cage dulu, sebab cage ni senang dibersihkan dan juga murah. Kat petshop jual RM60+ untuk keluasan 2 kaki, tapi diingatkan kalau guna cage jenis ini, make sure beli floor mat sebagai lapik lantai, untuk keselesaan GP dan supaya kaki tak tersangkut. Jangan guna cage hamster untuk GP!

Untuk tray wire cage yang kat bawah tu, boleh isi dengan bedding (wood pellet bedding or wood shaving) atau kalau nak cut cost, boleh lapik dengan suratkhabar, tapi kena tukar everyday lah :P.

contoh wire cage.

wire cage 2 kaki panjang, muat untuk 4 ekor GP maximum.
Bila dah bosan guna wire cage mungkin boleh try gi c&c cage. Ruang lagi besar tapi perlukan kerajinan untuk bersihkan cage :P

Makanan untuk GP saya?
GP ni haiwan herbivour maksudnya hanya makan tumbuhan. Diet GP adalah pellet, hay, grasses, vegies dan some fruits. Tapi bukan semua Vege dan fruits yang GP boleh makan, ada yang boleh jadi toxic , so, untuk newbie kena rajinkan diri search kat google, just type keyword "diet for guinea pigs". Diingatkan, GP ni kuat makan, so, food must be available all the times. Bila kuat makan, poo pun akan banyak, haha. Air minuman pun jangan lupa, kena sentiasa berisi. hee


Bajet makanan untuk seekor GP

Pellet = RM40 
(eg: Oxbow brand, brand lain ada lagi murah contoh Hagen) boleh tahan sehingga >3 minggu
Vege n fruit = +/- RM10/week
Hay = RM10/kg 
(hay kena pandai cari yang murah, beli kat petshop mahal) Boleh tahan sehingga >3minggu untuk seekor GP.

So, secara kasarnya, sebulan bajet lebih kurang RM60 or less than that. Boleh cut cost lagi tuu.

Pellet

some vegies for GP

baby corn with husk for treat

Rumput napier pun boleh, tinggi protien
Barang-barang/aksesori untuk GP saya?
Contoh barang-barang untuk GP ialah rumah/igloo. GP ni haiwan penakut, so kalau boleh sediakanlah box atau igloo untuk mereka menyorok. Kalau beli igloo kat petshop will cost you less than RM10, kalau beli yang kayu around RM30. Beli yang kayu best woo, kat petshop macam-macam design ada. Tapi kalau nak cut cost, buat daripada kotak kasut pon boleh, tapi nanti cepat rosak, sebab nanti GP akan gigit :P

Contoh rumah kayu :P

Igloo dari plastic based.
nak cut cost lagi boleh buat sendiri guna kotak kertas..haha

GP ni kadang-kadang bosan dalam cage sebab tak ada entertainment, so maybe boleh beli pet toys untuk mereka, contohnya bell ball, kalau beli kat petshop will cost you less than RM2 untuk bola berlonceng, toys lain macam wooden toys untuk GP gigit

bola berlonceng, haha, GP suka gigit je. Tapi bunyi lonceng tu akan stimulate dorang untuk bermain. :P
Kalau bela GP bulu panjang, kena make sure ada sikat for GP. Sebab bulu panjang kena rajin sikat untuk elakkan dari bergumpal. haha. Saya ada banyak GP bulu panjang, bila malas sikat mulalah bergumpal, terpaksa potong. =.=". Kalau beli sikat kat petshop mahal. Jadi kalau nak cut cost, boleh beli kat Daiso, will cost you only RM5. Murah kan?.haha

Daiso petcomb.RM5
Barang-barang lain contohnya mineral stone, yang ni not really necessary for GP, tapi kalau nak, beli je lah. Syampoo boleh beli untuk small animal kat petshop, tapi kalau nak cut cost, guna syampoo johnson baby pun boleh :P . Untuk kebersihan cage boleh beli disinfectant spray kat petshop, atau kalau nak buat sendiri pun boleh, bancuh cuka dengan air then letak dalam botol sprayer. cuka ada mild asid yang boleh bunuh bacteria. Rajinkan diri google macamana nak bancuh, dia ada ratio sendiri. :P


Supplement untuk GP?
Kalau tak dapat berikan good food untuk GP, bolehlah beli supplement untuk GP, kat petshop jual Vitamin C dalam pelbagai bentuk, ada tablet, cecair dan serbuk. Vitamin C penting untuk GP sebab mereka tak dapat menghasilkan vitamin C dalam badan so, kena dapatkan sumber vitamin C dari luar, contohnya dari sayuran, buahan dan pellet atau supplement. Kalau beli kat petshop, will cost you around RM20+ per bottle untuk vitamin C. So, pandai-pandailah survey harga. Vitamin C tablet untuk manusia pun boleh bagi kat GP.

Saya gunakan Pro Vita C dalam bentuk untuk ditabur pada sayuran. haha

Diet for GP :P

Supplement lain contohnya multivitamin, kat petshop ada jual, kalau tak silap harga around RM10+ per bottle dalam bentuk cecair. Multivitamin selalu dicampur dalam air. Tapi diingatkan, multivitamin bukan untuk daily consume, hanya bagi multivitamin bila GP sakit dan stress sahaja.

Nak letak indoor atau outdoor ?
Kalau saya, saya letak GP dalam rumah (indoor), bila letak dalam rumah, GP akan kurang dapat penyakit and less stress. Tapi kalau nak letak outdoor, make sure tak kena direct sunlight, takut GP akan kepanasan  atau heat strok. Seeloknya letak tempat yang redup. :P dan make sure keselamatan GP terjamin dari haiwan liar.

indoor, dalam bilik je..ahah

So, itu sahaja. Kalau makanan, minuman dan ruang OK, GP pun akan sihat. Tak payah habiskan duit jumpa Vet. haha. Mungkin ada lagi yang tertinggal, kalau ada apa nak tanya bolehlah post komen kat FB page saya kat tepi tu. Atau boleh cek previous entri !

Kalau tanya pasal ubatan saya kurang sikit oh, sebab GP saya belum ada lagi yang sakit atau ada health problem,Alhamdulillah. Jawab secara teori bolehlah :P

haha. 27 Mei

Bulus, newborn baby 26 april 2012

Metalic silver? Chinchill

Meri the curly girl. After bathe and hair cut

Meri come to estrus on 23 mei.

After bathe and blow dry

Oreo 1 year old !

Teleng, newborn baby. lupa bila.haha


Yang ini apa plak? Alien? HAHAHAH..lariikk.. Thanks for reading !