Tuesday, 11 September 2012

Product Review : Beh Yo Show Rabbit Feed & Mineral Stone



auuu..comelnya kotak..ahaha
Hari tu usha barang kat petshop terjumpa satu pellet ni, packaging dia sangat comel (ok, terpengaruh dengan packaging haha) . Tulis kat kotak "Beh & Yo Show Rabbit Feed", pellet ini  untuk rabbit , tapi lepas baca ingredient dan benefit, saya dengan suka hatinya yakin pellet ni boleh digunakan sebagai makanan GP, tiada antibiotik atau bahan makanan yang boleh memudaratkan GP, tambahan pellet ini ada ascorbic acid (Vitamin C) tapi tak dinyatakan berapa mg kandungan. Jadi saya pun beli untuk try, harga RM26.90 untuk 1.2 kg. Mahal kot, tapi banyak benefit untuk GP. (padahal beli sebab packaging comel . HAHA)

lagi kotak yang comal -_-".. RM27 ..murah ke mahal kroihh
Pellet ini adalah dari alfalfa based, dalamnya ada banyak kandungan bahan makanan yang baik  dalam sistem pencernaan arnab dan juga GP seperti yeast culture dan juga papaya (boleh baca kat gambar bawah) . Ingredient macam ni kita jarang nampak kat pellet GP. Ini adalah extruded rabbit feed, extruded feed untuk meningkatkan digestibilty makanan.

klik untuk tumbesaran
boleh baca sendiri .hehe
Pellet ni untuk kecantikan kot, terutama rabbit show, bila sistem dalaman cantik dan sihat, so luaran pun akan nampak cantik dan sihat, tak gitu?.haha. Saya bagi pellet ni kat GP saya dengan harapan GP akan jadi cantik, comel dan gebu . kroihh kroihh. Saya utamakan Chinchill sebab dia sekarang underweight. HUHU

cawan tu tak disediakan. tu cawan beras.ahahha
Kat dalam kotak ada dua bungkus pellet, 500g sebungkus kot, bau pellet kuat sebab ada kandungan molasses di dalamnya untuk meningkatkan selera makan haiwan. Bila saya tuang atas mangkuk, GP berebut-rebut makan, maybe sebab bau kuat atau GP kelaparan ? ahhaha.

hoo..rupa makanan. bulat-bulat comel..ahaha
Bentuk makanan bulat dan kecil, bila GP makan tak jatuh. Sekali kunyah je. Kat kotak ada tulis sukatan yang patut diberikan untuk setiap peringkat umur. Tapi saya tak ikut, sebab tak reti timbang ikut ouncess, ntah pape. Lagipun ni pellet arnab so jumlah requirement arnab dan GP lain-lain. haha, suka hati aku je letak banyak mana. Yang penting GP makan. Lagipun saya campur dengan pellet GP lain. 

oreo dipaksa posing.haha

First kali try GP suka, berbaloi juga beli, dah lah kotak comel, GP pula suka. haha. So saya nak tengok berapa lama boleh tahan dan apa kebaikkan untuk GP saya, harap-haraplah bulu jadi cantik ke apa. haha. nanti saya update kat entri (insyaAllah). Saja try sebab nampak menarik, ni kalau omputih nampak kompem kena sound, rabbit feed is only for rabbit gitu katanya. HAHA. Saya belajar pasal nutrisi haiwan so saya tahu apa makanan yang baik untuk my GP. gitu ~

Strawberry mineral stone
Selain pellet, saya juga sempat terbeli mineral stone (terbeli ok). Huahua. Burp! Mineral Chew namanya. Actually saya tak suka bagi mineral stone,  GP tak nak gigit pun, sebab dah pernah try bagi masa mula-mula bela GP. Tapi  lepas Paris mati akibat overgrown tooth,  saya jadi aware dan beli mineral stone ni dengan harapan GP dapat asah gigi. HUHU

hai strawberry
Harga RM5.25 selepas 30% diskaun. Bentuk strawberry, tapi tak rasa strawberry pun. HAHA. Content boleh tengok kat gambar bawah. Dan yang tak eloknya ada artificial colors. huhu. Produk ni dikeluarkan oleh PLC sendiri.

contents


Dulu mineral stone yang saya beli tak ada penyangkut, nak letak mana pun tak tahu, saya letak kat lantai kena pijak pula, tapi mineral stone PLC ni direka dengan penyangkut sekali, so senang sangkut kat mana-mana. Tips nya, sangkut kat tempat kegemaran GP dan tempat yang selalu GP pergi. Kalau saya, saya sangkut tepi botol minuman, bila GP minum, boleh gigit mineral stone ni (itupun kalau digigitlah . ahah)
Tapi kalau tak gigit tak apalah, boleh jadi perhiasan gantung kat cage. HAHA

hai oreo
Tata, thanks for reading


5 comments:

  1. mahal seyh...haha xsangka mknn small pet boleh mahal setanding RC, ANF, Evo... haha

    mkanan Ferret pun murah....hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhha..mestilah mahal kalau beli yang branding skit..wuwuuuwuw.

      Delete
    2. menarik nyer.. saya pon ada jumpa gak kat Global Pets JB ni.. tapi saya baru nak tengok perbahan makan Oxbox... nanti update roger2 tau.nak tengok gak tahap pencapaian n perubahan penggunaan kepada GP kamu...

      Delete
    3. haha..kalau nak tgk pencapaian kena tggu sebulan dua..tp ni baru nak masuk mggu kedua pellet tu da nak abis..ahahaha..dulu guna oxbow juga..lebih kurang sama je bahan2 dia dengan yang pellet yang lain..cuma oxbow kandungan hay dia dari hand selected..bukan guna jentera pungut hay

      Delete
  2. My hamster xnak pon gigit stone nie. Kenapa erk..??

    ReplyDelete