Thursday, 23 July 2015

Penjagaan anak Guinea Pig yang baru lahir


Olaf the guinea pig
Dah lama sangat tak update blog. Almost 2 years sudah. Hari tu buka blog dan dapat satu komen bertanyakan tentang penjagaan anak Guinea Pig yang baru lahir. Rasanya saya ada selitkan sikit pasal penjagaan anak GP kat entry sebelum ni, tapi nevermind saya terangkan semula dalam entry ini. Seperti kita sedia maklum, anak GP yang baru lahir ni special sikit, sebab apa? sebab bila keluar dari perut ibu GP, anak ini dah ada bulu, mata dah terbuka dan dah boleh berjalan dan berbunyi. so penjagaannya amatlah mudah kerana kita hanya perlu pastikan anak GP itu mendapat susu dari ibunya. Ini yang paling penting kerana tanpa susu, anak GP itu akan mati kelaparan dan tidak boleh hidup lama. 



Memang ada kes ibu GP akan membiarkan anaknya dan tidak memberikan susu, dan jika ini berlaku ada dua perkara yang kita boleh lakukan iaitu force feeding dimana kita paksa ibu GP tadi menyusukan anaknya dengan meletakkan anaknya dibawah perut dan menghisap susu. Dan yang kedua adalah dengan menyusukan sendiri anak GP tersebut. Susu yang digunakan haruslah dari susu kambing dan bukan dari susu lembu kerana GP adalah lactose intolerant. Susu kambing boleh didapati di petshop (susu formulated untuk kitten). Susukan dengan menggunakan syringe kecil. dan kalau boleh susukan sekerap yang mungkin selama 2 minggu. Tapi based on my experiences bela GP selama beberapa tahun, tidak pernah lagi saya nampak ibu GP mengabaikan anaknya. Mungkin kekadang kita jenguk anak GP tidak menyusu, tapi sebenarnya menyusu bila kita tiada.


Anak GP akan terus menyusu ibu nye dalam tempoh 2 - 3 minggu dan cerai susu selepas 4 minggu kerana pada ketika itu penghasilan susu ibu GP sudah berkurangan. Dan pada usia 2 minggu ke atas anak GP sudah pandai makan solid food dan belajar untuk minum dari water feeder, tapi make sure water feeder berada pada aras yang anak GP boleh capai. Untuk bab pemakanan dan tempat tinggal anak GP, tiada beza sangat dengan adult GP cuma jika anak GP sudah boleh menggigit solid food, berikan makanan pellet yang tinggi dengan protien dan calcium dalam erti kata lain pellet yang diperbuat dari campuran Alfalfa. Ini untuk pertumbesaran anak GP, dan ibu GP juga perlukan pellet yang cukup protien dan calcium untuk penghasilan susu dan pertumbesaran badan kerana GP selepas bersalin akan mengalami susut berat badan akibat dari menyusukan anak. 


Tempat tinggal anak GP pun just make sure jika anda menggunakan wire cage, pastikan anak GP tidak terkeluar dari celahan cage. boleh cover sementara dengan apa apa yang boleh menghalang anak GP menyelit keluar. takut bila dah keluar kena gigit kucing pula. hehe. Anak GP boleh tinggal sama dengan adult GP dan tidak ada spesifik tempat tinggal untuk anak GP, sarang sarang semua tak ada.

Jika anak GP sudah berusia 4 minggu ke atas, tidak ada apa yang perlu dirisaukan, cuma perlu sediakan makanan dan minuman yang mencukupi kerana pertumbesaran anak GP sangat laju. hehe. Dan untuk ibu GP yang beranak lebih dari 3 ekor anak, pastikan anak GP tersebut mendapat susu yang sama rata kerana puting ibu GP hanya ada dua. Jika anak GP ada 5 ekor, akan ada satu ekor yang kecil, dan pastikan yang paling kecil itu mendapat perhatian yang lebih kerana akan bersaing dengan adik beradik untuk mendapatkan susu. ohoh.

Rasanya itu sahaja untuk penjagaan anak GP yang baru lahir, apa-apa soalan sila terus ke FB page saya di sebelah entry ini, saya akan reply serta merta. Jangan tinggalkan komen kat blog pula, jarang buka blog. Terima kasih.

Tadaa. ini FB page untuk kucing saya. Like jika anda peminat kucing !

1 comment:

  1. Hi . Kita keje at pets wonderland mid valley . Come visit us to see gp .

    ReplyDelete