ini adalah my chinchill yang somel! |
Ini adalah entri untuk soalan lazim yang sering diajukan berkenaan Guinea Pig (GP). HAHA. Selalu orang tanya by message, so saya terus buat entri ini. Jom lah baca HAHA.
1. Kenapa pig?
Haha, itu adalah nama sahaja, orang panggil guinea pig (GP) sebab konformasi badan macam babi, badan panjang kaki pendek, leher pendek. Dan kuat makan macam babi juga. HAHA. GP bukanlah dari keturunan babi k, tapi ialah rodent. Orang kita panggil tikus belanda, ada yang panggil marmut. Dan ingat, GP itu bukan hamster, hamster tu bukan GP.haha
2. Senang ke nak jaga?
Senang ke tak bergantug dekat orang yang bela. GP senang jaga, yang penting cukup makan dan minum, bagi makanan yang betul, ruang dan kandang yang bersih . Kalau semua ni dah OK, tak ada masalah dari segi kesihatan dan penjagaan. Tak payah sibuk-sibuk jumpa vet, duit pun save..hureyyy
3. GP makan anak dia tak?
GP tak makan anak macam hamster. GP special sikit dari hamster. Anak lahir je dah ada bulu dan boleh berjalan, makan dan minum, so, no point GP nak makan its own baby kan. GP hanya makan placenta yang ada selepas beranak je, ada artikel cakap tu untuk sumber protein, ada yang cakap tu untuk induce milk let down, mana satu betul entah.
4. Tanda-tanda GP mengandung ?
Kalau GP itu pregnant, selalunya yang paling obvious sekali kita boleh nampak adalah bentuk perut yang membuncit dan selera makan tinggi. Tapi di awal tempoh mengandung (kalau perut tak membesar lagi), kita boleh perhati GP tak datang estrus (tak on heat) dalam sebulan tu, itu bermakna, GP itu tengah pregnant lah. Tapi susah nak detect GP itu on heat ke tidak, apa yang boleh buat kita letak teaser boar (jantan) untuk cek samada betina tu nak mating ke tak. Selalunya, dalam sebulan GP in heat 2 kali.
5. Berapa lama anak GP nak cerai susu?
Anak GP cerai susu seawal 21 hari, masa tu pun anak GP dah boleh minum air dari bottle kot. Lagipun, penghasilan susu (milk production) ibu GP pun dah kurang bila masuk minggu ketiga dan keempat.
6. Sesuai bela sepasang atau seekor ?
Sebaiknya bela sepasang, tapi kalau bela sepasang pastikan sama jantina kalau u r not intended for breeding purpose. Sepasang sebab GP ni haiwan yang hidup secara berkelompok, so ada baiknya bela sepasang dari seekor takut GP tu sunyi. Kalau bela sepasang berlainan jantina, habislah nanti GP beranak pinak, dari 2 ekor jadi berbelas-belas ekor. macam saya =.="
7. Jantan dengan Jantan kalau letak sekali bergaduh tak?
Bergaduh, kalau dalam cage tu ada betina. Dan kalau intorduce adult GP dengan adult GP ada possiblity akan bergaduh untuk tunjukkan siapa lagi dominant. Kalau introduce adult GP to young GP, possibility untuk bergaduh kurang.
8. GP gigit orang tak?
GP tak gigit orang melainkan dia rasa terancam dan korang pukul dia. HAHA
9. Macam mana nak cek jantina??
Boleh rujuk kat website ini, nak cek senang je, yang penting tahu struktur anatomi sistem pembiakan haiwan..haha
10. Kenapa kencing GP warna putih pekat?
Tu orang putih panggil white cloudy urine. Itu terjadi bila diet tak betul di mana kita terbagi makanan yang mengandungi kalsium yang tinggi, kalsium yang berlebihan tu akan dikumuh oleh ginjal dan menghasilkan kencing yang berwarna putih. Cara mengatasinya, kurangkan pemberian makanan yang tinggi kalsium dan bagi makan sayur-sayuran yang tinggi vit. C untuk elak dari pembentukkan batu karang pada ginjal.
11. Taik GP bau tak ?
HAHA, taik GP tak sebusuk kucing, taik GP entahlah bau camna, tak penah pegang dan hidu pun, kalau kencing GP, yes bau, ammonia kuat. HAHA
12. Apa barang-barang starter yang kena ada untuk newbie?
Untuk siapa yang baru nak bela, barang-barang yang kena ada ofcourse lah kandang, untuk newbie seeloknya guna wire cage sebab senang nak bagi bersih (jangan lupa letak floor mat), bila dah lama bela bolehlah tukar cage, depends lah. Lepas tu kena ada hay dan pellet, kalau GP umur kurang 6 bulan or GP kurus kering macam lidi bolehlah guna alfalfa hay dan pellet, kalau beli GP yang dah tua gemuk, guna timothy hay dan pellet. wakakaka. Lepas tu kena ada botol air tuk GP, ada newbie akan guna bowl tuk letak air, jangan guna bowl, nanti GP tak reti minum kat sana, dan nanti GP berkubang dalam tu.HAHA. Tu je lah starter untuk newbie. Kalau banyak-banyak kang pokai pulak.
13. Boleh bagi pellet arnab untuk GP?
Boleh, beza pellet arnab dengan GP cuma pellet arnab tak ada added vit.C dan nutritional value slightly different but still the same. Kalau bagi pellet arnab, kena make sure GP dapat sumber vit.C whether dari sayur or buahan atau supplement. HOHO. Tapi ada pellet arnab yang ada formulated antibiotic dan anticoccidiosis added dalamnya. Kalau ada, jangan bagi GP makan.
Tadaaa..after bathing, drying then posing! |
14. GP mandi berapa kerap? susah tak nak bagi mandi?
GP kalau dah kotor dan bau tahap gaban tu kenalah mandi, tapi tak boleh mandi kerap sangat, atleast 2 minggu sekali (itupun kalau dah kotor sangat), recommended sebulan sekali lah, tak yah ikut sangat orang putih punya protocol, kita cuaca kat sini panas dan lembab, GP cepat kotor. HAHA.
Tak susah bagi mandi, yang penting jangan guna air sejuk, tapi guna air suam, jangan panas sangat, sedang-sedang je, GP pun suka dan diam je. HAHA.
15. Macamana potong kuku GP?
Bila kuku GP dah panjang kenalah trim, cara potong dia sama konsep macam potong kuku kucing atau anjing. Jangan potong yang ada salur darah pula, nanti berdarah. Sila rujuk website ini http://www.guinealynx.info/nails.html
16. Boleh bagi GP makan sayur je ke?
Adoi, tak bolehlah bagi makan sayur je, apalah yang ada sangat pada sayur, protein tak cukup untuk support tumbesaran GP, ahaha. sayur bukan diet utama GP, tapi kenalah ada sumber nutrient yang lengkap dari pellet mahupun hay, dan kalau boleh rumput-rumput pastura contoh napier, fiber penting untuk kesejahteraan GIT sistem GP. HAHA
Itu je kot, kalau ada apa-apa lagi saya update, tak dapat recall pula soalan yang biasa ditanya, tata!
THANKS FOR READING!
Bila baca entry ni, tetiba rasa macam nk bela plak.. :)
ReplyDeletehaha..kalau camtu..jom la bela beramai2..ahah
DeleteBaru bela dh mati😭 yg betina plaktu mati
DeleteBaru bela dh mati😭 yg betina plaktu mati
Deleteade blog bnyk citer pasal pets la..jarang jumpe nih..nk follow la..cool..huu
ReplyDeletehah..blog da lama ni..kurang aktif je..ehhe..thanks
Deletejom bela...best!! tu ada lg gp dia nak jual jom beli heheheh
ReplyDeletehehehe..beli2
Deletegood Info,,, Me & my friends memang ade plan nak bela & try buat breed kecil kecilan~^^ wish us luck k~^^
ReplyDeletehahahha..gud luck..nanti da ada untung..blanja la gp sekor..ahah
ReplyDeletekalau kencing putih kekuningan ok ke x ya?
ReplyDeleteputih kekuningan pekat ke? kalau pekat tu maksudnya excessive calcium dlm diet..kalau kuning jernih tu normal
Deletekalau air kencing putih kekuningan ok ke x ya?
ReplyDeletekenapa GP saya suka gigit eyh makan habuk kayu bagai2 , gigit kotak , ayoii , risau lol
ReplyDeletemaybe sbb dia bosan or kurang fiber dalam diet dia..bagi la dia chew toy utk dia gigit..at the same time bleh jadi pengasah gigi
DeleteNak tnye..sy ade beli seko fmle gp..then klo nk beli male yg dari jnis lain dorg boleh bcmpo ke? Dan mainan gp ape ye
ReplyDeleteNak tnye..sy ade beli seko fmle gp..then klo nk beli male yg dari jnis lain dorg boleh bcmpo ke? Dan mainan gp ape ye
ReplyDeleteboleh je kalau xkisah anak nnt kuar apall..nnt anak akan ikut samada bapa atau mak atau mixed..mainan mcm rumah igloo..terowong camtu la
DeleteAssalamualaikum.bro nak tanya skit la.sya punya gp dia punya bulu kat kepala dia dah botak.mula2 sikit jea.tapi skang nie dah makin luas pulak.so ape yg patut sya buat ek?
ReplyDeleteAssalamualaikum.bro sya nak tanya skit la.sya punya gp dia punya bulu kat kepala dah botak.dulu sikit jea.tpi skang nie dah makin luas.ape yg patut sya buat ek?umur gp sya baru 2bulan.
ReplyDeleteKulit ada hakisan luka2 merah x?kalau ada mungkin kurap..kalau xda mungkin dicabut oleh cagemate
Deleteassalamualaikum, saya nk tnye, kenapa GP saya yg aktif gila ni tetiba satu hari tu dy diam je, baring je, dan SUARA DY HILANG mcm tercekik tulang..T_T dy jadi mcm ni laps tiga hari dy mating.. kenapa ye?
ReplyDeletewasalam.. maybe sebelum ni aktif sbb ada betina...bila da mating dia jadi x excited dah..kalau berat badan makin kurang or gp tu makin kurus ataupun selera makan kurang, baru bleh consider ada health problem..kalau just x aktif tp still makan minum tu biasa je kot..pasal suara hilang tu, xda apa kot melainkan gp terbatuk2
DeleteSalam , saya ade GP jantan abbysinian dan GP betina coronet.. boleh letak sekali dlm satu cage tak ? Ade effect pape tak lau betina bunting ? Effect pada anak ke ? Tq.
ReplyDeleteSalam , saya ade GP jantan abbysinian dan GP betina coronet.. boleh letak sekali dlm satu cage tak ? Ade effect pape tak lau betina bunting ? Effect pada anak ke ? Tq.
ReplyDeletewasalam..x effect apa2 pun..nnt anak akan ikut samada ciri2 bapa or mak dier..ataupun akan jadi mixed..n x effect pun pada betina n anak
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum, saya baru berjinak jinak nak bela guinea pig ni. And saya dah beli seekor since masa saya pergi tu, dia ada sekor ja. Hahaha masa awal awal saya beli, saya bawak balik dan saya pegang, dia mcm okay jaa and biarkan jaa saya pegang dia. Lepastu saya masukkan dalam cage and dia tumpahkan makanan lepastu saya termarah dia. And after that, bila saya nak sentuh dia, dia taknak and berlari lari satu cage taknak dipegang. Normal kaa ? Kaa dia still tak rapat dgn saya ? Boleh tak nak mandikan dia even dia act mcm tu ?
ReplyDeleteooo..yang tu memang normal untuk peringkat awal..GP memang haiwan penakut. ambil masa untuk biasakan diri dengan owner. memang gp akan lari kalau nak capai. tu menunjukkan dorg takut..normal untuk peringkat awal. untuk mandikan..boleh je. tapi kena pandai handle since gp pun still xbiasa kan. kalau boleh mandikan dengan air yang xsejuk. warm je. supaya gp rasa selesa n x terkejut kalau air sejuk sangat. tapi kalau untuk 1st time mandi. mungkin agak susah nak handle. try usap2 air kat badan gp dulu. then nanti boleh try tuang air or rendam, xdelah terkejut
DeleteBoleh bagi tips x untuk penjagaan anak gp yang baru lahir? Contoh dari segi pemakanan, tempat dan tumbesaran anak gp.
ReplyDeleteBoleh bagi tips x untuk penjagaan anak gp yang baru lahir? Contoh dari segi pemakanan, tempat dan tumbesaran anak gp.
ReplyDeleteCm mne nk kurangkan masalah bau haiwan GP
ReplyDeleteMcm mana nk hndle klu gigi GP panjang? Biar kan ja or bwk jumpa pakar?
ReplyDeleteBaru ja beli GP tapi kenapa air kencing warna dia macam tea colour? Ada problem ka dengan GP kami?
ReplyDeleteHai sy nk tny...mcm mana xnk bg air terus kelua dr bekas minuman die...sy dh bl bru tp air still kelua dgn laju...
ReplyDelete